Dunia akhir zaman. Kalau dulu kita selalu dengar ayat orang tua kita sebut bila berlaku musibah. Ya Allah apa laa salah aku Ya Allah sampai datang musibah ni..Ya Allah ampunkanlah salah kami Ya Allah sehingga engkau turunkan musibah ini sambil-beristhfar. Itu ayat yang selalu saya dengar dari mulut orang-orang tua kami dan saudara mara kita.
Banjir menjadi lumrah alam buat orang pantai timur. Selepas itu kita di kejutkan banjir besar di bandar Johor yang tak pernah terjadi dalam 50 tahun. 2014 pantai timur lumpuh dan rakyat amat terkesan dengan bencana banjir ketika itu. 2020 Pahang mengalami banjir yang pelik serata kawasan di Pahang sehinggakan tempat yg tidak pernah ditenggelami pun turut dinaiki air.Banyak jalan terputus dan highway LPT yang baru dibina pun ditenggelami air walhal pengiraan sebelum membina lebuhraya tersebut telah dilakukan.
Justeru dari bencana-bencana sebegini ianya seharusnya menyatukan hati-hati kita saling membantu dengan cara tersendiri. Ada yang membantu dengan menghulurkan sumbangan. Ada yang menggerakkan rakan-rakan dalam komuniti untuk membantu mereka yang terkesan. Ada geng bikers datang selepas banjir untuk bantu membersihkan rumah-rumah yang tenggelam. Macam-macam cara membantu boleh dilakukan.
Banyakkan bekerja dari banyak memetik telepon untuk mengkritik orang itu dan orang ini walhal org tahu kita hanya berada nun dikejauhan dari tempat kejadian bencana itu. Apa yang berlaku kita tak tahu disebalik cerita itu dan ini. Main tembak kata agensi ni tak bantu dan agensi ni takde tapi kita sendiri 1 beg gula pun tak sumbang.
Lebih parah lagi seorang pemimpin buat kenyataan benda yang dah lepas kononnya Dewan Rakyat tak bincang pasal banjir dan ianya merupakan pelanggaran tanggungjawab yang serius. Dah macam nujum pak belalang la plak rasanya. Memang kerajaan menjangkakan akan berlaku banjir di beberapa negeri-negeri yang biasa apabila tiba musim tengkujuh. Agensi terlibat setiap tahun dari awal telah ada perancangan dan kesediaan aset dan sebagainya. Senarai PPS pun telah ada .Sampai masa terus boleh bukak. Apa yang nak bincang di dalam parlimen pulak nyer.
Adoi...kadang-kadang pemimpin ni saja kononnya nak tunjuk bijak tetapi bila banyak bercakap mesti ada yang akan salah dan nampak bodoh. Tambah-tambah bila kenyataan itu untuk kepentingan politik. Kenapa perlu pertikai itu dan ini. Patutnya datang bincang dan bagi pandangan.
Ooo... dia tak boleh nak bagi pandangan sebab dia bukan ahli parlimen atau tak dilantik Menteri Kewangan sepertimana cita-cita dia sebelum Mail jadi PM. Bila tak lantik dia cakap Mail jahat dan nak bunuh politik dia. Aduhai..Ni beriaria la ni tekan orang parlimen dia sbb dia nak tanding parlimen sebab Kerusi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti akan jadi milik dia. Saha berebut plak ngan menteri yang xah ada kat situ la ni.
Nampak baik.Cakap lembut. Selalu ada buah kilas dalam bercakap negori dio tu tapi baru ku kenal watak ini dan wajah ini rupanya jenis pendendam dan berpolitik jahat dan sanggup berhabisan membela anjing-anjing belaan untuk menyerang Mail saban hari tanpa henti.
Moga allah membuka hati kita semua untuk tidak melakukan kerosakan keatas muka bumi ini dari jiwa dan niat yang jahat sehingga menjemput murka allah keatas muka bumi allah ini yang mana pastinya orang lain yang tak berdosa juga tetap akan terkena tempias dan bencana itu. NAUZUBILLAH.
Cikgu Uda
SEROMBAN