Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob telah mengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan semua
agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengerakkan semua asset bagi membantu
mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri ketika ini.
Beliau menyarankan sedemikian sejurus
menerima taklimat daripada NADMA juga meminta untuk turut bekerjasama dengan
wakil rakyat di setiap kawasan kerana mereka juga mempunyai maklumat mangsa
banjir dan pengumpulan maklumat ini dapat menyegerakan semua pelaksanaan
pemindahan dan bantuan.
Katanya, beliau juga sudah bercakap
dengan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset
tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi-agensi sokongan lain
untuk memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan
selain khidmat kesihatan disediakan segera di pusat pemindahan sementara,
Selain itu Perdana Menteri sempat melawat mangsa banjir
di Kampung Bukit Lanchong, berhampiran Putra Height, malam semalam.
Beliau bergegas ke kawasan itu selepas meninjau dan
mengadakan sidang media khas mengenai banjir di Agensi Pengurusan Bencana
(NADMA).
Perdana Menteri dalam ciapan di Twitternya, menyatakan
beliau sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang
dihadapi.
Semalam, Perdana Menteri melawat mangsa
banjir di Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan
Setia, Klang dan Sekolah Telok Gong, Klang.