ARTICLE OLEH SHANKAR R. SANTHIRAM MENGENAI BENCANA BANJIR DI MALAYSIA. - FMT
PM DS ISMAIL SABRI DAN KERAJAAN DI TUDUH GAGAL HADAPI BENCANA BANJIR.
31 Disember 2021.
Oleh : Saiful Bahar Arshad.
1. Semalam saya terbaca Article mengenai bencana banjir oleh Shankar R. Santhiram yang di terbitkan oleh Free Malaysia Today.Com.
2. Article ini di tulis dengan panjang lebar menceritakan bagaimana kononnya ketika bencana banjir yang buruk berlaku baru-baru ini, Rakyat tidak di bantu dengan sepenuhnya oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri.
Kononnya, Kerajaan mengambil masa 3 hari untuk bertindak membantu Rakyat.
3. Article ini di tulis dalam bahasa Inggeris. Izinkan saya membuat terjemahan kepada tuduhan-tuduhan yang tidak tepat oleh penulis tersebut seperti berikut ;
(i). Shankar menuduh Kerajaan ini tidak boleh di percayai di dalam membantu rakyat ketika mereka berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini.
(ii). Dia juga menuduh kononnya, ketika bencana ini berlaku, yang jelas kelihatan membantu rakyat yang berhadapan dengan musibah banjir adalah rakyat biasa, Pertubuhan NGO, Kumpulan Sukarelawan dan Kumpulan-kumpulan dari Badan Ke Agamaan, bukannya dari Agensi Kerajaan.
(iii). Beliau juga menuduh Agensi-agensi Kerajaan berada di dalam keadaan yang kelam kabut.
Kumpulan-kumpulan NGO ini yang menyediakan bot, pasukan penyelamat, makanan, tempat tinggal sementara dan pertolongan lain.
Dia juga menuduh, Kerajaan mengambil masa 3 hari untuk bertindak dengan berkesan bagi menyelamatkan keadaan.
(iv). Dia juga menuduh, Kerajaan hanya pandai menunding jari sesama sendiri. Ini salah siapa dan sebagainya ?
Pertembungan " Punca Kuasa " ketika berhadapan dengan bencana banjir antara Noh Omar (Kerajaan Persekutuan) dengan Amirudin Shari (MB Selangor/ Kerajaan Negeri), di jadikan contoh betapa kelam-kabutnya, struktur organisasi Kerajaan ketika berhadapan dengan bencana banjir tersebut.
(v). Dia juga menuduh, ada di kalangan Menteri Kabinet yang hanya datang ke kawasan banjir untuk mengambil gambar dan berpura-pura bekerja.
Dia juga menuduh Menteri Kewangan datang meninjau tempat banjir dengan pihak media, penuh sarat bot dengan pegawai-pegawai beliau.
(vi). Dia juga menuduh Rakyat menunggu 48 jam di atas bumbung sebelum di selamatkan.
(vii). Dia juga menuduh Kerajaan ini tidak ada co-ordinasi (lack of coordination and disaster management).
Kerajaan Negeri juga tidak ada plan, membuat zon tertentu dan tiada penilaian Alam Sekitar untuk zon tertentu sebelum meluluskan sebarang bentuk pembangunan. Kemungkinan besar ini adalah antara penyebab utama bencana banjir ini.
(viii). Seterusnya dia juga menuduh longkang-longkang yang tersumbat tidak di bersihkan dan tidak di periksa. Manakala pum saliran dan pengaliran tidak berada di dalam keadaan yang baik.
Akhirnya, Penulis mengemukakan satu persoalan kepada Rakyat iaitu ;
" Adakah Rakyat memerlukan Sebuah Kerajaan seperti yang ada pada hari ini (the Current Government), apabila Kerajaan pada hari ini tidak boleh menyelamat dan membantu Rakyat yang berhadapan dengan bencana ? "
*BAGI MENJAWAB TUDUHAN-TUDUHAN PENULIS TERHADAP PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN MALAYSIA.*
4. Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Penulis ini kerana Penulis Mr. Shankar R. Santhiram jelas kelihatan memutar-belitkan fakta berkenaan dengan bencana banjir yang berlaku, di samping mengambil kesempatan memburuk-burukkan PM DS Ismail Sabri, Menteri-Menteri Kabinet serta Agensi-Agensi Penyelamat.
5. Adakah Penulis sedar PM DS Ismail Sabri pada malam pertama kejadian sudah berada di kawasan banjir memberi arahan tertentu kepada Agensi-agensi Kerajaan dan Badan Sukarelawan yang turun membantu menyelamatkan mangsa banjir.
Ko-ordinasi di lakukan dari malam pertama lagi.
Pasukan Angkatan Tentera telah di kerahkan pada malam pertama lagi untuk menjalankan usaha-usaha menyelamat.
6. Malangnya, ketika air belum lagi berada di paras bahaya, terdapat segelintir penduduk-penduduk di Taman Sri Muda tidak mahu berpindah ke tempat Perpindahan Sementara.
Kemungkinan kerana mereka takut meninggalkan rumah dan harta benda mereka atau kerana mereka takut masalah Pandemik Covid 19 masih lagi belum selesai.
7. Apabila air naik dengan tiba-tiba, sehinggakan ramai penduduk naik ke atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. Keadaan sudah kelam kabut dan ketika itu, terlalu ramai orang perlu di selamatkan dalam satu waktu yang sama.
Maka, Anggota Penyelamat perlu menyelamatkan orang-orang tua, wanita dengan kanak-kanak serta orang yang sakit dahulu sebelum yang lain-lain.
8. Keadaan bertambah sukar kerana bot-bot yang besar tidak boleh masuk ke Taman Sri Muda kerana engin atau badan bot akan tersangkut dengan kereta-kereta yang tengelam di bawah dasar air banjir.
9. Sesungguhnya, keadaan banjir di Taman Perumahan di dalam bandar seperti di Taman Sri Muda, amat berbeza dengan keadaan banjir di kampung-kampung di Negeri Pantai Timur seperti di Negeri Kelantan dan Terengganu yang sering di landa banjir.
10. Adalah tidak benar hanya Rakyat Biasa dan NGO yang banyak membantu mangsa banjir.
Agensi-agensi Kerajaan seperti Tentera, Polis, Rela, Bomba, APPM dan lain-lain telah di kerah dari malam pertama lagi untuk membantu dan menyelamatkan rakyat jelata.
Mereka tidak mengambil masa 3 hari untuk lakukan tindakan.
11. Sebenarnya mengikutkan Angka, ATM Malaysia telah berjaya memindahkan *32,661 Orang Mangsa Banjir* ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 25hb. Disember 2021. Ini tidak termasuk angka-angka dari Agensi yang lain.
12. Penulis Article tersebut juga menuduh Menteri Kewangan melawat tempat banjir dengan ramai pegawai dan pengiring bukan untuk membantu tetapi hanya meninjau keadaan.
Ini adalah benar kerana memang Tengku Zafrul datang untuk meninjau keadaan bencana banjir tersebut, agar beliau dapat melihat sendiri betapa teruknya banjir kali ini.
Dan berapa banyak peruntukkan yang perlu di bawa turun. Itu pun salah ? Tak kan, ini pun menjadi satu kesalahan di mata Netizen ?
Berkenaan dengan Rina Harun membersihkan longkang di dalam kawasan sekolah. Biarlah ini menjadi satu pengajaran kepada seorang Menteri yang tidak mempunyai pengalaman.
13. Dari segi bantuan pula, PM DS Ismail Sabri telah meluluskan pelbagai bantuan kepada Rakyat jelata termasuk bantuan RM1,000-00 tunai kepada semua Ketua Rumah yang terlibat dengan banjir ini.
14. Sesungguhnya setelah mengambil kira pelbagai sudut, saya melihat tulisan Penulis adalah tidak begitu tepat, menyalahkan Kerajaan PM DS Ismail Sabri lambat bertindak dan tidak cekap membantu Rakyat berhadapan dengan musibah bencana banjir yang di luar jangka begini teruk impaknya.
15. Penulisan seumpama ini, sekiranya tidak di jawab dengan segera, akan membawa persepsi negatif terhadap Kerajaan dan Perdana Menteri, seolah-olah Kerajaan ini Satu Kerajaan Yang Gagal.
16. Penulisan Article seumpama ini di Social Media boleh membawa pelbagai persepsi yang negatif kerana Fakta-Fakta yang Sering di Utarakan dan di Tulis adalah ;
17. Akhirnya, apa yang jelas kelihatan ialah, tulisan-tulisan yang memburuk-burukkan Perdana Menteri dan Kerajaan ini adalah bertujuan bermotifkan politik kerana Pilihanraya Umum ke 15 jelas kelihatan berkemungkinan akan di adakan dalam waktu terdekat ini.
Serangan-serangan terhadap PM dan Kerajaan adalah sesuatu yang amat mudah di lakukan oleh pihak pembangkang atau individu-individu yang tidak suka kepada Kerajaan ini.
18. Yang amat mendukacitakan ialah bencana banjir dan musibah Orang yang dalam kesusahan di peralatkan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan political milage ataupun pulangan politik.
Sepatutnya, janganlah ada pihak cuba mengaut untung, ketika Rakyat berada dalam kesusahan dan penderitaan.
*SEKIAN.*
*SELAMAT TAHUN BARU 2022.*
*SALAM.*