#Banjir : [TERKINI]
🔹 Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000
🔹 Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
🔹 Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
Selain itu Perdana Menteri sempat melawat mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, berhampiran Putra Height, malam tadi.
Beliau bergegas ke kawasan itu selepas meninjau dan mengadakan sidang media khas mengenai banjir di Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).
Perdana Menteri dalam ciapan di Twitternya, menyatakan beliau sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang dihadapi.
Hari ini, Perdana Menteri dijangka melawat mangsa banjir di Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang dan Sekolah Telok Gong, Klang.