Sinar Harian Masih Buat Tajuk Murahan



Penempatan sementara mangsa banjir dikawasan Taman Bestari Jaya Tanjong Karang di Dewan Orang Ramai Kg Bestari Jaya kira-kira 500 orang mendapat perhatian Ahli Parlimen  Tan Sri Noh Omar.

Kunjungan Noh Omar ke dewan tersebut untuk melihat dan membantu mangsa banjir serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada semua mangsa banjir dari segi keperluan diri dan seharian ketika berada di pusat pemindahan tersebut.

Sebelum ini dewan tersebut belum pernah didaftarkan sebagai Pusat Pemidahan Sementara (PPS) dan beliau turut memohon pejabat daerah untuk menguruskan pendaftaran tersebut bagi memudahkan segala urusan berkaitan bencana ketika ini dan dimasa akan datang.

Katanya kerajaan negeri perlu daftar segera PPS ini kerana akan memudahkan permohonan mangsa-mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan RM 1000 daripada kerajaan pusat yang mana telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Bayaran RM 1000  tersebut hanya kepada mereka yang berdaftar dengan PPS sahaja yang mana ketika ini PPS ini telah menempatkan seramai 500 orang dari kawasan ini.

Tambahnya dalam masa yang sama PPS perlu memiliki sebuah klinik bergerak agar memudahkan mangsa-mangsa banjir untuk mendapatkan rawatan awal jika berlakunya kecemasan yang mana diantara mereka ada mengalami penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan buah pinggang.

Penulis hairan mengapakah SINAR HARIAN yang ditulis seumpama itu seakan-akan menyalahkan mangsa banjir kerana memilih dewan tersebut sebagai tempat perpindahan sementara.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.