Mengaku tentang kekhilafan adalah jalan yang terbaik. Semakin serangan fitnah dibuat maka semakin nampak betapa Menteri Besar Selangor tidak tahu apa-apa berkenaan dengan pengurusan bencana negeri dan paling memalukan Menteri Besar tidak tahu memanfaatkan kuasa yang beliau ada sebagai seorang ketua negeri.
Kelemahan ketara beliau adalah memahami apa itu 'Arahan Majlis Keselamatan Negara - MKN No 20', apakah selama meduduki kerusi nombor satu negeri beliau tidak membaca bagaimana aliran arahan tersebut?
Persoalan juga timbul, adakah beliau sebagai Menteri Besar gagal membezakan antara pengurusan bencana dengan pengurusan keselamatan?
Di bawah akta MKN, tidak wujud klausa 'jawatan Pengerusi MKN Negeri', yang ada hanyalah 'jawatan Pengarah Keselamatan Negeri' iaitu seorang penjawat awam daripada persekutuan. Maka sebagai Menteri Besar, Amiruddin secara otomatik berfungsi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri.
Amiruddin berkuasa memanggil mesyuarat pada bila-bila masa yang beliau rasa perlu dan sesuai dan sidang tersebut adalah tanpa perlu menunggu arahan daripada Perdana Menteri.
Kuasa Menteri Besar ketika sidang mesyuarat bencana atau keselamatn negeri, sebagai menteri besar, Amiruddin berhak meminta kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaraskan semua agensi yang dirasakan perlu di bawah arahan MKN No. 20 yang telah diluluskan oleh jemaah kabinet. Malangnya Amiruddin gagal memahami tugas beliau serta manfaatkan kuasa sebagai seorang Menteri Besar negeri. Paling ketara, beliau turut gagal memahami sistem pentadbiran awam.
Apakah mungkin Amiruddin tidak pernah mengambil perhatian tentang MKN No.20 ini? Adakah beliau tidak pernah membaca akan sesuatu yang penting dan telah lama diputuskan oleh kabinet negara? Akhirnya jari beliau mula menuding meletakkan kesahan kepada orang lain.
Sekiranya semua perlu menunggu arahan daripada Perdana Menteri atau dari kerajaan persekutuan maka sebaiknya negeri Selangor ini ditadbir sahaja oleh kerajaan persekutuan.