Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengancam mahu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri berikutan desas desus akan berlaku PRN Johor.
Dalam satu kenyataanya beberapa hari lalu, beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongannya terhadap memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dua parti antara Pakatan Harapan dan kerajaan sekiranya PRN diadakan.
Spekulasi PRN akan diadakan di Johor rancak diperkatakan selepas kematian Adun Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Osman Sapian bulan lepas.
Pentadbiran kerajaan di Johor ketika ini memegang negeri itu dengan majoriti satu kerusi, hanya 28 kerusi berbanding Pakatan Harapan 27 kerusi, manakala satu kerusi kosong selepas pemergian Adun Kempas.
Ketika ini kerajaan negeri terdiri daripada Umno (14), MIC (dua), PAS (satu) dan Bersatu (11) manakala pembangkang terdiri daripada DAP (14), Amanah (enam) dan PKR (tujuh).
Amanah ketakutan hilang kerusi Dun dan kini hanya mempunyai 6 kerusi didalam Dun Johor selepas 3 wakil rakyat AMANAH berpindah masuk ke PKR.
N 4 Kemelah – Sulaiman Mohd Nor
N 13 Simpang Jeram – Salahuddin Ayub
N 15 Maharani – Nor Hayati Bachok
N 21 Parit Yaani – Aminolhuda Hassan
N 49 Kota Iskandar – Sr Dzulkefly Ahmad
N 54 Pulai Sebatang – Muhammad Taqiuddin Cheman
Dengan hanya 6 kerusi Dun Johor, Amanah dijangkakan akan tewas teruk sekiranya berlaku Pilihanraya Negeri – PRN Johor dalam tempoh terdekat.