Apa nak jadi dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


Menurut sumber dalaman, hanya kerana cadangannya supaya membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR dan Ismail sebagai Perdana Menteri ketika itu ditolak olah Majlis Kerja Tertinggi dan juga Ismail Sabri sendiri maka perasaan dendam Ashraf kepada Ismail Sabri terbawa sehingga kini? Di mana sifat tawadduk yang ditunjukkan oleh Ashraf selama ini apabila beliau menyertai UMNO? Adakah imej keislaman atau imej alim yang dibawanya sudah hilang? Banyak persoalan mulai timbul.


Rata-rata ahli pemuda terutama di peringkat kepimpinan negeri mahu pun bahagian faham bahawa Ashraf dalam keadaan tekanan perasaan yang maha hebat. Beliau gagal menyerap tekanan atau stress berikutan kegagalan dua kali bertanding di kerusi parlimen di dua kawasan berbeza ketika sebelum menjadi Timbalan Menteri dan selepas menjadi Timbalan Menteri melalui lantikan Senator. Walhal kali kedua bertanding adalah di kawasan kubu kuat BN di Kelantan dan kerusi tersebut hanyut ke tangan calon Pas. Maknanya apa? Pengundi tempat tersebut kenal siapa Ashraf Wajdi. Kekuatan nama ayahanda beliau tidak mampu memberi kelebihan untuk beliau menang di dua PRU.

Dendam Kesumat Seorang Berwatak Alim

Apabila gagal mengawal tekanan perasaan maka natijahnya adalah hilang pertimbangan di dalam menafsirkan halatuju parti UMNO. Dari mana akal pendeknya berfikir untuk memujuk kepimpinan UMNO melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi supaya menerima DAP dan Anwar untuk membentuk kerajaan baharu dengan menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri?

Adakah dendam beliau dengan PAS masih membara kerana kalah dua kali di tangan calon PAS di dua kawasan berbeza maka beliau ajukan cadangan yang jelek sebegitu rupa? Kenapa tidak cadangkan gabungan UMNO-PAS-PKR dan DAP? Kenapa DAP dan Anwar Ibrahim sahaja?

Apabila cadangan beliau ditolak oleh Ismail Sabri dan MKT, beliau menunggu saat sesuai untuk menyerang Ismail Sabri (yang dilantik atas persetujuan ahli parlimen UMNO BN, PPBM, PAS dan lain-lain parti yang pro kerajaan campuran sekarang). Isu yang beliau fikirkan boleh menyerang Ismail Sabri adalah satu sahaja – Pengeluaran duit KWSP ‘one-off’ sebanyak RM10,000.

Tiada isu lain dan tiada cadangan yang bergeliga untuk menunjukkan tahap kehebatan berfikir secara bernas oleh seorang yang berkedudukan nombor satu mewakili sayap Pemuda UMNO Malaysia. Beliau langsung dilihat tidak membantu memberi sebanyak mungkin idea kepada Ismail Sabri untuk membantu rakyat terutama cluster orang muda. Berapa ramai golongan muda yang baru bekerja yang sudah mencapai simpanan KWSP sebanyak RM10,000? Apakah tiada cadangan untuk membantu orang muda yang terkesan dengan pandemik covid19 dan juga mangsa bencana alam seperti banjir?

Cukupkah beliau melihat anak muda Melayu kais pagi makan petang dengan membawa beg penghantaran – delivery? Banggakah beliau dengan pencapaian golongan muda Melayu dan bumiputra dengan kerjaya sebegitu? Bukan niat nak menghina kerjaya tersebut tetapi rata-rata golongan muda yang menyertai kerjaya itu kerana tiada pilihan setelah majikan bungkus akibat covid-19.

Malangnya, beliau memilih untuk mengguna KWSP sebagai isu yang dikira boleh mencalar imej Ismail Sabri ketika ini. Dan bertambah malang apabila pandangan dan perjuangan beliau yang berbaur dendam dapat dihidu oleh timbalannya, Naib Ketua Pemuda Malaysia. Shahril Hamdan sendiri menyanggah dengan jelas dan berfakta bagaimana salahnya tindakan Ashraf berhubung isu KWSP.

“"Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri…Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000," katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Sahril Hamdan menambah “Jika kita keluarkan RM10,000, dalam masa lima tahun sahaja sudah rugi hampir RM3,000 kerana terlepas pendapatan dividen yang dikompaun dari tahun ke tahun.

“Dalam masa 10 tahun, hampir RM7,000 pendapatan yang sepatutnya ada, sudah tiada,”.

Ashraf Wajdi sepatutnya melihat kepada gambaran yang lebih besar dan menyeluruh tentang isu KWSP ini dan bukannya menjadikan senjata makan diri di dalam perjalanan menyempurnakan dendam peribadinya terhadap Ismail Sabri.

Dasar kerajaan V Dasar Parti

Kegagalan Ashraf Wajdi memahami kedua dasar tersebut, kerajaan dan parti. Apatah lagi kerajaan yang terbina sekarang amat jelas terbentuknya dari sokongan ahli-ahli parlimen dan mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong malah nasihat YDPA kepada kerajaan ketiga di dalam masa pentadbiran kuasa istananya supaya memfokuskan kepada permasalahan pandemik covid-19, mebangunkan semula negara dan ekonomi rakyat secara serentak.

Jangan keliru antara keputusan jemaah kabinet dengan keputusan jawatan kuasa tertinggi parti. Dasar kerajaan diputuskan di dalam mesyuarat kabinet menteri dan bukannya melalui jawatan kuasa parti. Ashraf pernah berada di dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri, keputusan Perdana Menteri tidak semesti melalui jemaah mesyuarat parti tetapi melalui mesyuarat jemaah menteri kabinet yang bermesyuarat setiap minggu. Malah Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam membuat keputusan – tanpa bermesyuarat dengan jemaah menteri beliau. Ashraf mungkin ingat rakyat tidak tahu berhubung kuasa Perdana Menteri ini.

Senario sekarang amat berbeza dan buat julung kalinya di dalam sejarah negara, UMNO memimpin kerajaan yang datangnya dari pelbagai parti termasuk yang tidak ‘sebulu’ dengan UMNO BN namun atas dasar menghormati YDPA serta mandat majoriti ahli parlimen yang bersetuju supaya Ismail Sabri menjadi pemimpin nombor satu negara maka semua pihak sekarang sedang berganding buah fikiran dan tenaga untuk bangunkan kembali negara ini dan sekali gus membela rakyat yang terkesan akibat bala yang datang bertimpa. Ashraf sepatutnya berfikir tanpa kotak. Sebagai Ketua Pemuda kepada sebuah parti Melayu terbesar di dunia, beliau wajib dan wajar membantu Ismail Sabri dan bukannya berdendam apabila cadangannya supaya UMNO bergabung dengan DAP dan Anwar ditolak.

Ismail Sabri bukan presiden parti, berbeza dengan presiden UMNO sebelumnya.
Ismail Sabri memimpin sekumpulan menteri dari pelbagai parti termasuk musuh UMNO, berbeza dengan perdana menteri sebelumnya.


Apakah Ashraf memandang rendah kerana Ismail Sabri bukannya presiden UMNO? Perlukah meremehkan kedudukan Ismail Sabri di dalam parti sedangkan semua orang tahu, semua rakyat tahu bahawa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana ketentuan Ilahi. Tiada siapa yang sangka, tidak ada seorang pun pernah terfikir namun itu qada dan qadarNya.Sepatutnya Ashraf bersyukur, sejak UMNO BN kalah di PRU14 apa yang Ashraf berkorban untuk ahli pemuda? Sukarnya untuk menanggung segala perjalanan sayap pemuda – ini realiti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Dari poket Ashraf sendiri keluarnya belanja perjalanan sayap pemuda UMNO?

Adakah Ismail Sabri tidak membantu sayap pemuda ketika dia menjadi Perdana Menteri? Malah Ismail membantu bukan kerana desakan Ashraf. Ini fakta. Jangan kelirukan lagi ahli parti dan jangan menipu rakyat.

Cukup-cukuplah idea bergabung dengan DAP dan Anwar Ibrahim itu. Sudah ke tong sampah!!


Dari emel
Pemerhati Politik Negara
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.