APA YANG PUAD ZARKASHI MAHUKAN SEBENARNYA?


SIAPA yang tidak mengenali susuk tubuh yang bernama Puad Zarkashi, beliau telah menunjukkan warna perjuangannya yang sebenar dalam UMNO, tidak dapat menjadi calon ketika itu (PRU14) dan terus meletakkan jawatan di dalam parti dan umumkan bertanding sebagai calon bebas. Rupanya tidak cukup dengan jawatan nombor satu JASA, tamak haloba betul.

 

Sebagai bekas Ketua Pengarah JASA ketika itu, beliau seharusnya mencari tonik terbaik untuk menarik sokongan rakyat kepada UMNO serta kerajaan sedia ada dan bukan mengadakan program syok sendiri.

 

Tanggungjawab yang diamanahkan untuk merangka strategi menawan hati rakyat juga terletak kepada JASA. Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi ini untuk menerangkan kepada rakyat tentang agenda utama negara.

 

Namun apa yang Puad lakukan? Beliau lebih mementingkan kedudukan politik diri sendiri. Menggunakan JASA bagi mendapat laba politik.

 

Hari ini beliau sekali lagi lantang bersuara dan cuba melaga-lagakan Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengelarkan perdana menteri sebagai lembik dan petualang kepada UMNO? Seolah-olah beliau membela apa yang telah diperkatakan oleh presiden sebelum ini.

 

Sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi beliau perlu melihat lebih jauh. Peluang terbaik ada di sebelah UMNO BN pada PRU ke 15 kerana ‘kerajaan campuran’ sekarang dipimpin oleh UMNO. Sebagai bekas Ketua Pengarah JASA beliau lebih faham berkenaan dengan strategi memenangi parti dan bukannya bertindak bodoh cuba melaga-lagakan antara Presiden dan Perdana Menteri.

 

Isu ‘poster boy’ sudah mendapat persetujuan sebulat suara antara Biro Politik MKT.

 

Kalau inilah cara Puad melobi dirinya sebagai calon PRU ke 15, UMNO BN bakal kalah teruk lagi sekali.

 

Jadilah seorang pemimpin yang naik tidak memijak dan turun tidak menarik rakan yang lain diatas, muhasabah diri adalah lebih baik dari mengadu domba dalam rakan seperjuangan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.