AS$6.94 juta : Penguasa Kanan SPRM didakwa

 

KUALA LUMPUR – Seorang penguasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS$6.94 juta.

Shahrum Nizam Baharuddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Pada September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.

Pada Isnin, media melaporkan, seorang pegawai SPRM yang didakwa terlibat dengan kecurian duit berkenaan ditahan di Penjara Simpang Renggam mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai itumenjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. - SH


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.