BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 : Kemaskini dan permohonan baharu sudah dibuka bermuala 1 Januari 2022


MAKLUMAN kepada seluruh rakyat MALAYSIA yang berkelayakkan dalam urusan PERMOHONAN Bantuan Keluarga Malaysia 2022.


KEMASKINI dan PERMOHONAN BAHARU sudah dibuka bermula bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Semoga memberi MANFAAT kepada #KeluargaMalaysiaSiagaBencana


KENYATAAN MEDIA
MENTERI KEWANGAN
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PENDAFTARAN MULAI 1 JANUARI 2022 SEHINGGA 31 JANUARI 2022 BAGI
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BERNILAI RM8.2 BILION

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari
2022

Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam
pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. Penerima
sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat
pengemaskinian.

Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta
penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta
penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data berikut akan
dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut
syarat yang ditetapkan:

1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
2. Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
4. Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni

Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT,
Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal
berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan
penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

Pemohon BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BKM
https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kerajaan kekal komited dalam memastikan bantuan yang disediakan menjamin
kesejahteraan Keluarga Malaysia.

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
1 Januari 2022



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.