PERUTUSAN khas Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sempena tahun bahru 2022 malam tadi disambut baik rakyat keluarga Malaysia dengan beberapa perkara yang telah ditambah baik diumumkan.
Diantara perkara yang telah
diumumkan oleh Ismail Sabri untuk Keluarga Malaysia yang terkesan dengan banjir
mencecah RM 61,000.00 bagi setiap keluarga yang mengalami kemusnahan rumah
secara menyeluruh (rumah dihanyut air atau musnah teruk).
Jumlah tersebut tidak
termasuk mereka boleh membuat pinjaman RM 10,000.00 daripada Bank Simpanan
Nasional(BSN) sekiranya bantuan tersebut tidak mencukupi.
Walaubagaimana pun pinjaman
tersebut amat berbaloi dibuat oleh mangsa banjir yang terkesan kerana pinjaman
tersebut tanpa faedah dan 6 bulan moratorium diberikan dengan jaminan kerajaan
serta boleh membuat bayaran balik dalam tempoh 3 tahun.
Selain dari itu, Ismail Sabri
turut mengumumkan voucher RM 500.00 akan diberikan kepada mangsa banjir untuk
membeli peralatan elektrik yang baru bagi mengantukan barangan yang telah rosak
ditengelami banjir.
Katanya lagi, pihak Proton
dan Perodua, telah bersetuju untuk memberi towing (penundaan kenderaan) dan baikpulih
kenderaan secara percuma serta 50% peratus diskaun untuk spare part(alat ganti)
diberikan khas kepada pemilik kenderaan kedua-dua jenama tersebut.
Manakala jenama kereta lain
akan diberikan 25% peratus diskaun untuk spare parts di kedai-kedai service
centre mereka yang berdaftar.
Sehubungan dengan itu juga
Ismail Sabri turut mengumumkan voucher tambahan RM 1,000.00 juga akan diberi
kepada mangsa banjir untuk membaiki atau membeli kereta ataupun motosikal baru
yang mengalami kerosakkan secara total.
Sesungguhnya, inilah Satu
Semangat Nilai KELUARGA MALAYSIA yang sebenarnya dan seharusnya memberi
manfaat menyeluruh kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.