Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) baru-baru ini memperkenalkan sebahagian barisan pengurusan, jurulatih dan juga pemain bagi Kejohanan Sepak Takraw League (STL) PSM-ASTRO 2022 di Primula Hotel Kuala Terengganu.
Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Sepak Takraw TERENGGANU TURTLES STL 2022 dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu mewakili Kerajaan Negeri.
Terengganu Turtles juga dibarisi dua bekas pemain kebangsaan Izurin Refin dan Kamal Alfiza Shafie untuk kejohanan kali ini dan ditambah dengan kekuatan bakat baru yang telah ditonjolkan dalam STL sebelum iniMenurut Presiden PSNT Tengku Zaihan Che Abd Rahman, beliau mensasarkan Terengganu Turtles tahun ini menjadi juara bagi Divisyen Satu STL 2022.
Namun edisi kali ini Terengganu Turtles mengalami beberapa krisis dalaman berkaitan pemilihan pemain-pemain dan juga pengurusan serta barisan kejurulatihan yang mana tongkak Pingat Emas Sukan Sea Malaysia Zulkifli Razak atau Sobey (tekong) dan Fazli Roslan (apit kanan) tidak disenaraikan oleh PSNT.
Menurut sumber dalaman PSNT pemain-pemain Terengganu Turtles adalah antara pasukan paling rendah dibayar elaun berbanding negeri-negeri lain yang mana setiap pemain menerima RM 5,000 hingga RM 7,000 seorang selama tempoh kejohanan berlangsung.
Bayaran elaun tersebut temasuklah elaun latihan dan sepanjang kejohanan itu berlangsung dengan bayaran RM 2,000 hingga RM 3,000 mengikut tahap dan pencapaian mewakili peringkat negeri serta negara.
Manakala bayaran bagi kejurulatihan dan pengurusan pula bermula sebanyak RM 5,000 sehingga RM 10,000 seorang bagi mengendalikan pasukan tersebut untuk kejohanan STL tahun 2022 ini.