TIADA Keperluan Lagi Mengeluarkan Wang Dari KWSP?



MUSIBAH banjir kali ini melihat bagaimana Ketua Penerangan Umno merangkap naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Shahril Sufian Hamdan bercanggah pendapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000, terutama bagi mereka yang terdesak terutamanya mangsa banjir

Sabtu lalu, Shahril dalam catatan di Facebooknya berkata, beliau tidak bersetuju dengan satu lagi pengeluaran simpanan KWSP untuk mangsa banjir kerana kerajaan telah memberi bantuan langsung kepada isi rumah terkesan sehingga RM61,000.

“Di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir – termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini (i-Lestari, i-Sinar, i-Citra) sehingga sebanyak RM19,500 seorang,” katanya. 

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang mencecah RM10,000 mengelak mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu terus meminjam dari masa depan sendiri, kata Shahril Sufian Hamdan.

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, ia sekali gus mengelak mereka daripada terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri jelas memberi alternatif kepada cadangan sebelum ini.

Beberapa hari yang lalu timbul kekhuatiran pinjaman daripada Tekun dan BSN walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.

Pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan dan yang pasti bukannya simpanan pencarum sendiri.

Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000. Malah amaun lebih besar daripada itu juga akan diberi  jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000.

Beliau tidak sependapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000, terutama bagi mereka yang terdesak termasuk mangsa banjir.

Menurut Asyraf Wajdi, kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk BSN dan Tekun, terutama kepada mangsa banjir akan menambah beban hutang orang ramai.

Beliau menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak akan menyelesaikan masalah.

Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.

Inisiatif tersebut bagi meringankan beban golongan terbabit akibat banjir.

Bagi Shahril Hamdan pula, beliau berpendapat bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.

Bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir, termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sehingga sebanyak RM19,500 seorang.

Dalam perkara ini, kerajaan dilihat cuba sedaya upaya menjaga kebajikan rakyat. Dan mereka semakin peka kepada keperluan yang mendesak ketika ini apabila membuat keputusan untuk mengumumkan lima insentif tambahan tersebut. PM sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dihadapan kerana itulah Keluarga Malaysia

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.