Blogger Pakatan Harapan (PH) Berniat Jahat Terhadap PM


TUDUHAN yang dibuat oleh seorang penulis blog shahbudindotcom.net menyatakan bahawa kes Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ini akan bebas tanpa siasatan tidak benar dan berniat jahat kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.


Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu Perdana Menteri meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan pembelian saham membabitkan Azam Baki.


Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan campur tangan dalam kes berkenaan kerana ia bertentangan dengan tujuan penubuhan SPRM sebagai badan bebas yang tiada campur tangan oleh mana-mana pihak termasuk oleh perdana menteri.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/01/909227/beri-ruang-kepada-siasatan-dibuat-terhadap-azam-ismail-sabri 


Oleh itu Isu berkaitan pemilikan saham yang melibatkan nama  Azam Baki  sedang dalam proses siasatan yang mana sudah selesai dengan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).



LPPR telah mengesahkan bahawa tiada salahlaku yang dibuat oleh Azam Baki kerana penjelasan yang diberikan cukup menyakinkan kepada ahli lembaga LPPR sepertimana laporan akhbar yang disiarkan baru-baru ini.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=224441


Selain itu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga meminta semua pihak yang terbabit untuk memberi penjelasan dengan segera yang mana telah diumumkan pada 6 januari lalu.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/01/908487/azam-baki-diminta-beri-penjelasan-kepada-sc


Sehubungan dengan itu juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) juga memainkan peranan mereka dalam isu berkaitan.


Shahbudin dan pembangkang harus memberi ruang secukupnya kepada pihak berwajib menjalankan tugas masing-masing dan tidak perlu dipolitikan isu ini serta tindakan sewajarnya berhubung kes terbabit tetap dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh SPRM.


Setakat hari ini Perdana Menteri sentiasa dimaklumkan dan memantau isu berkaitan SPRM, tindakan telah diambil dan gambaran diberikan kerajaan berdiam diri adalah salah. SPRM suruhanjaya bebas, ada tatacara sendiri kendalikan perkara seperti ini.


SPRM sendiri yang mengendalikan kes ada kaitan dengan mereka melalui siasatan dalaman Lembaga Penasihat SPRM. Suruhanjaya Sekuriti (EC) juga akan memanggil Azam untuk memberi penjelasan, jadi perkara ini sedang dilakukan pihak EC dan kita tunggu sajalah keputusannya.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.