ISMAIL SABRI NEXT PM SELEPAS PRU 15


MESYUARAT kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia telah membuat sesuatu keputusan yang penting bagi menentukan halatuju parti adalah mesyuara yang mana telah dipengerusikan oleh Presiden Dato' Seri Dr. AhmadZahid Hamidi dan Timbalan Presiden Dato' Seri Utama Mohamad Hassan dan 3 orang Naib Presiden UMNO termasuk Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. 


Minggu lalu, satu keputusan penting dan sebulat suara telah dicapai demi persiapan UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 15 menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang.


Manakala tarikh pilihanraya akan dicadangkan oleh Biro Politik UMNO MKT kepada Perdana Menteri dan ‘Poster Boy’ yang bakal digunakan sebagai bahan kempen utama adalah Ismail Sabri.


Keputusan dari Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini juga mendapat sokongan sebulat suara dari seluruh pengerusi badan perhubungan negeri di seluruh negara.


Keputusan bijaksana ini wajar diterima oleh semua ahli parti kerana graf pertambahan sokongan rakyat sudah mula menunjukkan ‘patern’ kembali menerima UMNO BN sejak Ismail Sabri menerajui kerajaan hari ini.


Tambahan lagi, keputusan mesyuarat tersebut menunjukkan barisan kepimpinan tertinggi UMNO pusat dan negeri telah memberi isyarat jelas kepada ahli akar umbi bahawa kesepakatan kepimpinan tertinggi UMNO berada di tahap yang terbaik. Isu dalaman parti mula terungkai dengan masing-masing memberi fokus kepada titik persamaan dan kesemua pemimpin membuktikan mereka begitu matang dalam meraikan perbezaan pandangan dan idealogi.


UMNO adalah sebuah parti yang bergerak dengan musyawwarah sepertimana Nabi SAW dan para Sahabat R.A membuat keputusan penting dalam semua isu yang melibatkan perjalanan pentadbiran negara ketika itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.