SEJAK
akhir-akhir ini seorang penulis upahan Pakatan Harapan (PH) terus gigih merekayasa penulisannya untuk
memburukkan kepimpinan UMNO dan juga kerajaan dibawah pimpinan YAB Perdana
Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
yang juga Naib Presiden 1, UMNO Malaysia.
Mereka seakan-akan
gelisah dengan kesepaduan dan keakraban yang telah terjalin sekian lama diantara pimpinan
UMNO keseluruhan yang mana boleh menerima sebarang percanggahan pendapat serta
pandangan masing-masing dalam membawa UMNO dan kerajaan kearah yang lebih baik
selepas PRU 14 yang lalu.
Rakyat masih
mengingati detik dan sejarah hitam Negara selama 22 bulan ditakbir oleh PH yang
mana kerakusan mereka menidakkan hak dan kebajikan rakyat seluruhnya
sebagaimana yang telah diterjemahkan oleh kerajaan PH terdahulu.
Diantaranya,
kontroversi penghapusan pencen penjawat awam tidak ditangani dengan cekap,Langkah
pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan, Seruan Menteri Industri Utama
supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit Negara,
Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina)
iaitu 27 sen sehari, Bajet 2019 silap kerana mengunjurkan harga minyak dunia
pada tahap US$70 sedangkan hingga Mac 2019 pun harga minyak dunia masih tidak
sampai ke tahap seperti yang diunjurkan. Akibatnya “compounded effect” memberi
kesan kepada pelaksanaan kerajaan, Retorik penjawat awam ‘membebankan’ sangat
kurang cermat dan memberi impak negatif kepada motivasi dan moral jentera
pentadbiran Negara serta banyak lagi.
https://umno-online.my/2019/05/10/setahun-pakatan-harapan-365-kegagalan/
Semua
perkara itu membuatkan rakyat hidup dalam krisis kepercayaan dengan janji-janji
manifesto yang tidak pernah tertunai selama 2 tun PH memerintah Negara.
Kini penulis
blog shahbudindotcom.net itu cuba melaga-lagakan pimpinan UMNO dan kerajaan
yang mana semasa mesyuarat MKT UMNO beberapa hari lalu telah membuat keputusan
akan menyokong Ismail Sabri kekal sebagai PM sehingga parlimen dibubarkan.
Kenytaan
media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Dato’ Seri Ahmad Maslan
selepas mesyuarat bulanan MKT tersebut.
MKT telah
memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti
berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18
tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/910898/mkt-umno-kekal-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm
Pelbagai
tuduhan dan tomohan berniat jahat yang dicoretkan oleh shahbudin itu sengaja
dilakukan untuk memberi gambaran bahawa para pimpinan UMNO sedang dalam krisis
kepercayaan yang mana sedang dikemudi 2 nakhoda parti serta kerajaan. Sedangkan
setiap kali mesyuarat parti Ismail Sarbri akan menghadirinya sekaligus juga
membawa suara dari kerajaan hari ini.
Trek rekod
kepimpinan dan kerajaan dibawah UMNO dan BN sebelum ini membuat rakyat semakin
kembali kepada parti dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri dan
boleh dilihat di 2 PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini sekaligus memberi pukulan
hebat kepada PH.
Maka dengan
itu TIADA isu yang hendak diutarakan mereka sehinggakan keputusan mesyuarat MKT
pun ianya dijadikan isu untuk melagakan kepimpinan UMNO dan kerajaan.
Malaysia
dibawah pentadbiran Ismail Sabri hari ini telah menuju era pemulihan dengan yang
juga mendahului suara rakyat serta kebajikan dekkala Negara sedang mengharungi
pendamik covid 19 yang mana dengan pelbagai virus baharu ditemui dan
ditambahkan lagi dengan bencana banjir yang teruk dibeberapa buah negeri.
Pelbagai
inisiatif kerajaan yang diluluskan bagi membantu mangsa banjir diseluruh Negara
yang mana memberi kelegaan dan tambah nilai kepada rakyat yang terlibat
khasnya.
Lima
insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan yang keseluruhannya mencecah
RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000
bagi individu alami kemusnahan rumah.
Ia adalah
usaha mengurangkan bebanan rakyat tanpa mengeluarkan wang simpanan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pertama,
Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini. Bayaran
mula diberikan sejak 27 Disember lalu iaitu 10 hari selepas kejadian banjir
berbanding sebelum ini yang memakan masa tiga hingga enam bulan.
Kerajaan
juga menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 untuk kerja pembaikan rumah
yang mengalami kerosakan tidak serius, manakala bagi kerosakan serius, kerajaan
akan mengurus baik pulih dengan kos sehingga RM15,000 dan sehingga RM56,000
setiap unit rumah dibina baharu (bagi rumah musnah).
Dengan
keprihatinan kerajaan turut bersetuju memberikan wang tunai sebanyak RM2,500
khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/794823/lima-insentif-bantuan-banjir-keluarga-malaysia
Shahbudin
SILA BUKA mata seluas-luasnya dan jangan buta mata hati?