Polemik pengeluaran wang KWSP 'i-Citra' yang menjadi zikir harian Ketua Pemuda UMNO Malaysia akhirnya membuka satu cerita lain yang agak mengejutkan ramai pihak terutama sayap pemuda UMNO di seluruh negara.
Ramai yang tahu bahawa 'perjuangan' pengeluaran 'one-off' KWSP berjumlah RM10,000 bukanlah sebenarnya datang dari idea Ashraf Wajdi. Bukan sahaja ahli UMNO satu Malaysia tahu bahawa bukan dari buah pemikiran Ashraf malah rakyat Malaysia juga tahu idea siapa sebenarnya.
Kaki 'claim credit' mula menjadi label terhadap batang tubuh Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Namun lama kelamaan dari kaki 'claim credit' ianya mula bertukar menjadi kaki penipu?
Langkah sumbang Ashraf ternyata menjerat dirinya sendiri apabila beliau dikatakan menipu serta berbohong dengan mengatakan bahawa isu pengeluaran 'one-off' ada di dalam kandungan agenda rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT). Melalui portal Malaysiakini - Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara sekali keluar (i-Citra) merupakan garis panduan kepada Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakob yang menjadi perdana menteri pada Ogos lalu.
Benarkah ianya menjadi 'garis panduan' melalui agenda rasmi mesyuarat berkala kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia? Kalau benar dakwaan Asraf maka menjadi satu keperluan beliau mmengemukakan bukti dan bukti paling sahih adalah minit mesyuarat MKT yang mana menjadi sandaran Ashraf kononnya itu adalah keputusan konsensus jemaah mesyuarat MKT.

Janganlah kerana gila ingin menonjol menjadi 'hero rakyat' dengan isu pengeluaran KWSP, Ashraf sanggup korbankan maruahnya yang berperwatakan alim kepada individu yang melakukan pembohongan besar demi meraih populariti.
Barua dan Broker
Sekiranya cadangan di dalam setiap mesyuarat parti dianggap satu garis panduan maka bagaimana pula dengan cadangan dari mulut Ashraf Wajdi sendiri agar UMNO menerima DAP dan kumpulan Anwar Ibrahim sebagai rakan sekutu dalam penubuhan sebuah kerajaan baharu?
Lupakah Ashraf bahawa beliau dengan nada yang serius mencadangkan agar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) digantung bagi membolehkan kerjasama tersebut berlaku? Apakah Ashraf Wajdi lupa bahawa beliau turut menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan gabungan PKR dan DAP itu?
Lupakah Asyraf bahwa cadangan tersebut ditolak oleh Dato Sri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO malah turut juga ditolak oleh MKT ketika itu? Adakah cadangan beliau itu juga dianggap sebagai klasifikasi 'garis panduan' kepada sebuah perjalanan perjuangan UMNO?
Siapa Ashraf ini sebenarnya? Broker DAP atau barua Anwar Ibrahim?