Harapan (PH) sedar mereka di dalam keadaan sangat rapuh sekarang ini. Nama mereka merudum jatuh dan terbukti di beberapa pilihanraya kecil malah yang terbaharu kalah teruk di dua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak.
Tindakan
mereka untuk mewujudkan ‘mahkamah jalanan’ sudah tidak diterima rakyat Malaysia
kerana taktik tersebut sudah boleh dibaca kemana pengakhirannya yang mana
sebelum ini mereka telah melakukan sebelum PRU 14.
Apa
lagi yang ada untuk menarik kembali hati rakyat selepas mereka mengatakan
manifesto pilihanraya umum ke 14 bukan satu janji yang perlu ditunaikan malah
memperlekehkan apabila rakyat membangkitkan perkara itu.
Isu
yang masih hangat saat ini di negara kita adalah isu pemilikan saham terkait
dengan akaun milik Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki dimana menjadi modal
kepada PH untuk mendendangkannya dengan pelbagai siri.
Penjelasan
telah dibuat dengan secara rasmi oleh Azam Baki sendiri, Lembaga Penasihat SPRM
melalui pengerusinya dan juga melalui Suruhanjaya Sekuriti yang bertanggjawab
mengawal selia perjalanan urusniaga melibatkan jual beli dan pemilikan saham di
negara ini.
Malangnya
PH melalui Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan DAP termasuk parti MUDA, anak didik
DAP menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan dengan menimbulkan pelbagai
persepsi jahat dalam isu Azam Baki.
Kit
Siang dilihat hampir setiap hari menyerang kerajaan dan terbaharu beliau
menyerang YAB Perdana Menteri berhubung isu Azam Baki yang mana tiada keperluan
untuk diperbedatkan lagi.
Sememangnya
Kit Siang terkenal dengan watak serangan berpilih. Isu anaknya sendiri ketika
Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan tidak pernah beliau membantah
dan menyerang Mahathir apabila kes rasuah mega (Skandal Terowong Dasar Laut
Pulau Pinang) Guan Eng ditarik balik.
Integritikah
dan beramanahkah tindakan Kit Siang dan kerajaan PH ketika itu?
Inilah
peluang terbaik bagi UMNO dan BN, segera memenangi hati rakyat. Peluang di
ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri jangan persiakan.
Kes
Azam Baki sepatutnya diserahkan kepada pihak berwajib dan bukannya cuba
dimanipulasi sebagai modal politik murahan dimana rakyat turut diheret
kejalanan untuk melakukan protes ketidakpuasan hati mereka.
Sebenarnya
Kit Siang, Anwar dan PH begitu takut dengan Ismail Sabri kerana dasar-dasar
yang dibawa sangat diterima baik dari semua rakyat tidak mengira peringkat umur
dan jawatan. Kalau tidak, mereka tidak akan menyerang dan memfitnah Perdana
Menteri hampir setiap hari.
Rakyat
Malaysia semestinya sudah dapat menilai siapa yang perlu mereka sokong dan
siapa yang menjaga mereka ketika dalam kesusahan serta ditimpa musibah.