Pemuda AMANAH Raih Simpati Politik Isu Remaja Curi Duit Tabung Masjid

 


Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat tiada kefahaman tentang mendidik rakyat sehinggakan sanggup membayar denda RM4,000 yang dikenakan Mahkamah Majistret Selayang ke atas seorang remaja lelaki yang videonya tular gara-gara dimandikan seperti `jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid.

 

Perbuatan mencuri duit tabung masjid itu perlu diberikan pengajaran kepada mereka yang lain dan bukan menyokong tindakan mereka dengan membayar denda yang dikenakan akibat perbuatan yang salah.

 

Perkara ini akan menimbulkan rasa ingin melakukan lagi kepada golongan seperti remaja tersebut (penagih,kutu rayau dll) untuk melakukan jenayah dimasa akan datang kerana ada yang membela perbuatan mereka.

 

Dalam kenyataan yang lain, datuk kepada remaja tersebut memberi sokongan kepada pihak masjid sekaligus memberi pengajaran kepada cucu beliau dengan memandikan Daniel Iskandar Mohd Nasir,19 ala-ala mandi jeazah.

 

Menurut datuk remaja itu Rosli Sidek,65, beliau tidak ingin apa yang terjadi kepada keuarganya gara-gara sikap negatif cucu beliau sebelum ini menimpa orang lain.

 

“itu lah sebabnya saya menyokong ahli jawatankuasa masjid melakukan sedemikian kerana menginginkan Daniel sedar akan kesilapan yang dilakukannya demi masa depan dirinya sendiri,” katanya lagi.

 

Warganet ketika ini juga menyokong tindakan ahli jawatankuasa masjid melakukan sedemikian dan mengutuk  perbuatan yang diusahakan oleh pemuda Amanah itu yang mana mahu membela perbuatan Daniel yang secara terangnya melakukan kesalahan.

 

Pemuda Amanah  dalam masa yang sama cuba meraih simpati rakyat negara ini dengan menggunakan isu tular tersebut sebagai batu lonjatan kerana dilihat telah lama menyepi dalam erana politik negara akhir-akhir ini.

 

Meraih simpati politik adalah tujuan utama pemuda Amanah ketika ini dan bukan sekadar membantu pesalah jenayah yang dilakukan remaja tersebut.

 

 

Sebilangan warganet menyokong tindakan pengurusan masjid dan penduduk kampung sebagai pengajaran kepada remaja terbabit.

 

Semalam, Daniel Iskandar dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

 

Daniel Iskandar yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

 

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

 

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.

 

“Tahu apa salah awak? Duit itu, orang bagi untuk pembangunan masjid, awak cuba curi dan letak pula dalam bilik jenazah.

 

“Harap benda ini dijadikan satu pengajaran dan kesedaran pada awak,” katanya.

 

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah.

 

Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Kilometer (KM) 28 Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu.

 

Ia merupakan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

 

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.