Pengeluaran KWSP itu Wajar atau Merosakan Masa Hadapan Pencarum?

 


Senario isu pengeluaran KWSP:


Tuntutan Rakyat memohon pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000.00 semakin kuat kedengaran dari Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia seolah-olah ini Suara Rakyat yang mahukan perkara itu dilaksanakan.

Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak juga turut menyuarakan perkara yang sama.

Namun jelas kelihatan PM DS Ismail Sabri menyerap segala tekanan ini dengan membuat satu pengumunan 'pakej bantuan mangsa banjir' yang lebih komprehensif.

PM teramat rasional dan tidak tunduk dengan tekanan ini kerana masih ada jalan yang terbuka luas bagaimana untuk terus membela nasib rakyat tanpa rakyat perlu memperjudikan wang sandaran masa tua mereka.

PM ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru malam tadi membuat pengumuman menambahkan lagi bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir.

Rasionallah ketika membuat cadangan, jangan kelirukan mangsa yang sedang stress. Tekanan perasaan mangsa bencana wajar dan wajib diambil kira. Letak ke tepi apa juga bentuk 'idea populis' dan kembali kepada titik persamaan iaitu bagaimana membantu mangsa bencana tanpa menyusahkan mereka.

Lupakah kita apa peranan Simpanan Kewangan di KWSP?

KWSP merupakan sebuah dana Persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan Ahli untuk keperluan masa depan persaraan.

KWSP ditubuhkan semenjak tahun 1951, adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1, iaitu 70% peratus simpanan rakyat, di tetapkan bagi persaraan di hari tua.

Tiada sebarang peruntukan didalam Akta ini yang membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk bencana alam.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas Wang Simpanan KWSP ini.

Lebih merisaukan, terdapat lebih daripada 50% pencarum di dalam KWSP, tidak mempunyai dana melebihi RM10,000.00.

Satu angka yang amat merisaukan.

Kalau di benarkan keluar RM10,000-00 pun, tidak ramai yang boleh membuat pengeluaran.

PERUTUSAN khas Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sempena tahun bahru 2022 malam tadi disambut baik rakyat keluarga Malaysia dengan beberapa perkara yang telah ditambah baik diumumkan.

 

Diantara perkara yang telah diumumkan oleh Ismail Sabri untuk Keluarga Malaysia yang terkesan dengan banjir mencecah RM 61,000.00 bagi setiap keluarga yang mengalami kemusnahan rumah secara menyeluruh (rumah dihanyut air atau musnah teruk).

 

Jumlah tersebut tidak termasuk mereka boleh membuat pinjaman RM 10,000.00 daripada Bank Simpanan Nasional(BSN) sekiranya bantuan tersebut tidak mencukupi.

 

Walaubagaimana pun pinjaman tersebut amat berbaloi dibuat oleh mangsa banjir yang terkesan kerana pinjaman tersebut tanpa faedah dan 6 bulan moratorium diberikan dengan jaminan kerajaan serta boleh membuat bayaran balik dalam tempoh 3 tahun.

 


Selain dari itu, Ismail Sabri turut mengumumkan voucher RM 500.00 akan diberikan kepada mangsa banjir untuk membeli peralatan elektrik yang baru bagi mengantukan barangan yang telah rosak ditengelami banjir.

 

Katanya lagi, pihak Proton dan Perodua, telah bersetuju untuk memberi towing (penundaan kenderaan) dan baikpulih kenderaan secara percuma serta 50% peratus diskaun untuk spare part(alat ganti) diberikan khas kepada pemilik kenderaan kedua-dua jenama tersebut.

 

Manakala jenama kereta lain akan diberikan 25% peratus diskaun untuk spare parts di kedai-kedai service centre mereka yang berdaftar.

 


Sehubungan dengan itu juga Ismail Sabri turut mengumumkan voucher tambahan RM 1,000.00 juga akan diberi kepada mangsa banjir untuk membaiki atau membeli kereta ataupun motosikal baru yang mengalami kerosakkan secara total.

 

Sesungguhnya, inilah Satu Semangat Nilai KELUARGA MALAYSIA yang sebenarnya dan seharusnya memberi manfaat menyeluruh kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.




Tiada kerajaan yang bersifat zalim terhadap rakyatnya apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi bencana yang tidak terjangka. Kerajaan yang bersifat cakna kepada rakyat akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk membantu rakyat tanpa rakyat perlu keluarkan wang sendiri. Itu bukannya kerajaan membantu rakyat, itu sebuah kerajaan yang ingin jahanamkan masa depan rakyatnya sendiri.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.