ISU pemilikan saham diatas nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mana adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham telah dijadikan isu yang hangat di media sosial beberapa hari ini.
Menurut Azam Baki, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.
Sebenarnya, siapa-siapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran.
Sehubungan dengan itu, beliau telah dipanggil untuk oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan telah memberi penjelasan berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, hasil penjelasan dibuat, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.
LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau 'conflict of interest' dalam perkara tersebut.
LPPR telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 November lalu bagi mendapatkan penjelasan Tan Sri Azam berhubung perkara tersebut. Semua wakil LPPR telah mengambil bahagian untuk mengetahui keadaan sebenar daripada beliau, katanya Abu Zahar.
Dalam pertemuan itu juga, Azam Baki telah menjelaskan kedudukan sebenar kepada ahli-ahli LPPR yang mana akaun saham beliau ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, di mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan 'pecuniary' atau 'benefisial' bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.
Justeru itu, perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana ianya berkaitan dengan seorang penjawat awam yang mana mempunyai peranan yang penting dalam dalam negara.
SPRM turut memainkan peranan yang penting dalam isu berkaitan rasuah dan juga integriti penjawat awam serta rakyat keseluruhannya.
Oleh itu, Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob perlu bersuara dalam perkara ini memandangkan ianya melibatkan integriti penjawat awam yang mana menjaga salah laku rasuah dan salah guna kuasa setiap rakyat Malaysia.
Rakyat juga disarankan jangan membuat spekulasi berkaitan perkara yang sedang berlaku kerana ianya adalah perkara yang dibolehkan dalam perlembagaan dan juga undang-undang negara.