Page Nav

HIDE
SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE

Latest Articles

{fbt_classic_header}

Pusat Khidmat ADUN Jabi Kemuka Tuntutan Bayaran Dengan Resit Palsu - Laporan Audit

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 mendedahkan, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi didapati membuat tuntutan pal...

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 mendedahkan, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi didapati membuat tuntutan palsu kepada Pejabat Daerah Besut pada tahun 2019. 

Menurut laporan itu, semakan Audit terhadap baucar bayaran mendapati wujud kesan pindaan pada dokumen sokongan yang dikembarkan bersama tiga tuntutan bayaran oleh pusat khidmat tersebut. 

“Pihak Audit telah membuat semakan silang dengan pembekal terlibat dan mendapati lima resit asal telah dipinda, iaitu daripada RM1,280 kepada RM10,050 (perbezaan sejumlah RM8,770) manakala satu resit palsu telah diwujudkan,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 15 November 2021.

Laporan itu turut memaparkan gambar-gambar resit yang telah diubahsuai, resit palsu serta cop palsu daripada Pusat Khidmat ADUN Jabi kepada Pejabat Daerah Besut. Sumber

No comments