RABA WANITA : ADUN SEDILI DIPANGGIL UNTUK SIASATAN MENCABUL SRIKANDI PPBM?

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain sudah dipanggil polis untuk dirakam percakapan pada Isnin lalu berhubung satu dakwaan kes gangguan seksual.

 

Selain beliau, keterangan beberapa lagi individu termasuk wanita yang membuat laporan polis juga sudah dirakam.

 

Laporan polis wanita berusia 26 tahun yang dipercayai ahli sebuah parti politik dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, pada Isnin.

 

Dalam laporan tersebut, wanita berkenan menyatakan beberapa kali beliau telah dicabul oleh Adun berkenaan yang mana berlaku didalam sebuah kereta yang dinaiki beliau bersama Adun berkenaan.

 

Sebelum ini, Rasman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan mendakwa ia sebagai satu konspirasi politik untik menjatuhkan maruah beliau.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ADUN berkenaan turut membuat laporan polis terhadap dakwaan mangsa.

“Dalam kes ADUN yang melibatkan ADUN Sedili, siasatan masih dijalankan. Beberapa orang kita telah panggil untuk rakam percakapan. Dalam siasatan kita.

 

“Kita dapati kedua-dua pihak, pihak ADUN juga ada membuat laporan polis dan kita akan siasat secara adil. Siasatan ini kita perlu masa dua tiga hari lagi. Seepas ittu kita akan maklum keputusannya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN.

 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.