Sebenarnya bukan pimpinan atasan seperti Khairuddin Aman Razali At-Takiri saja yang menjadi mangsa, bahkan ahli akar umbi juga terpaksa menelan apa saja budaya tidak sihat PAS hari ini dan mereka tidak berani bersuara.
RAJA
KAMRUL BAHRIN SHAH Pengerusi Amanah Negeri Terengganu menyatakan bahawa ramai ahli dan
penyokong PAS hari ini amat kecewa dengan perubahan besar sikap serta budaya
'Tuan Besar' pimpinan atasan PAS namun mereka terpaksa menelan kepahitan itu
diam-diam.
Katanya
dalan satu artikel yang diterbitkan oleh MalaysiaKini yang telah disiarkan hari
ini.
MENGAPA
Raja Bahrin sibuk benar dengan apa yang berlaku didalam sedangkan pemecatan
Khairuddin didalam jawatankuasa Pas Pusat mengikut perlembagaan parti yang mana
telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang juga Menteri
Tanaga dan Sumber Asli.
Menurut
Raja Bahrin beliau difahamkan, Khairuddin dipecat kerana terlalu lantang
bersuara dan mahu mempertahankan MN atau mengekalkan hubungan baik dengan UMNO,
berbeza dengan pucuk pimpinan Pas yang mahu meneruskan 'perkahwinan' dengan PN
terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama menjelang Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Takiyuddin
sebelum ini telah yang mencabar Khairuddin atau mana-mana pemimpin parti
membuktikan bahawa pemecatan ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan mempunyai
kaitan dengan isu hubungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
"Adakah
dia (Khairuddin) berani mengatakan bahawa soal ini (pendirian MN dan PN)? Kalau
dia berani, dia buat kenyataanlah: 'Saya dipecat kerana ini (MN dan PN). Kalau
berani, silakan," kata Takiyuddin sebelum ini.
Isu
pemecatan Khairuddin mula panas apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang
mengesahkan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan dipecat daripada jawatan AJK
Pas Pusat selepas tidak sampai tiga bulan dilantik.
Presiden
PAS Tan Sri Dato’ Seri Abdul HadiAwang ketika mengumumkannya menegaskan
keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di ibu
pejabat parti di Kuala Lumpur pada Rabu lalu, namun enggan mengulas lanjut
punca sebenar pemecatan itu.
"Mestilah
ada alasan-alasan, yang dipegang pada parti adalah alasan. Dalam parti ada
disiplin, siapa yang tidak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh
ditukar jawatan," katanya lagi.
Persoalannya,
KENAPA Raja Bahrin perlu sibuk dengan urusan dalaman PAS?
Raja
Bahrin perlu cerminkan diri, jangan sibuk menjaga hal dalam kain Pas kerana PAN
sendiri mempunyai masalah menarik rakyat untuk menyertai parti itu sedangkan
Pas gah berdiri dengan 3 juta ahli seluruh negara.
Semasa
beliau dalam kerajaan dan juga Timbalan Menteri, APA yang beliau lakukan untuk
rakyat negara ini selain merasmikan majlis yang telah diaturkan oleh
kementerian yang diselia olehnya.
Raja
Bahrin boleh dedahkan kekuatan parti PAN dan berapa ahli keselurahan PAN di
Terengganu kini.
Sudah-sudahlah
Raja Bahrin.. Jaga parti PAN kamu dengan baik agar tidak diKUBURKAN pada PRU 15
nanti.