SIAPAKAH YANG BOLEH DIPERCAYAI DALAM POLITIK NEGARA?


UMUM sedia maklum Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Johor bakal berlangsung dalam edah 90 hari selepas Tuanku Sultan Johor perkenan membubarkan dewan undangan negeri pada 22 januari lalu.

 

Dalam pertemuan itu Baginda Tuanku Sultan berkenan  menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari).

 

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

 

Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

 

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim yang Ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022.

 

Link : https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/485692752915351

 

Dalam scenario politik tanah air masa kini, kebanyakkan rakyat sudah mual dengan politikus yang bercakap banyak tetapi tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dalam PRU yang lalu.

 

Rata-ratanya sudah membuat keputusan sendiri apabila janji-janji dalam PRU dibangkuln sampahkan sepertimana 22 bulan ditadbir Pakatan Harapan (PPBM,DAP,PKR,AMANAH)dan diteruskan selepas pengkianatan PPBM kepada PH selama 16 bulan.

 

Mereka yang tergolongan dari kalangan KORUP, PECAH AMANAH, KLUSTER MAHKAMAH yang mana politkus tua dan muda sama-sama mengambil kesempatan diatas undi yang rakyat berikan.

 

Apabila sudah berkuasa, mereka lupa kepada janji mereka kepada rakyat dan terlibat dengan gerjala pecah amanah sepertimana berlaku kepada bekas ketua ARMADA PPBM yang melibatkan wang RM 1 juta yang tidak sampai 2 tahun memegang jawatan dalam kerajaan.

 

Link : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang

 

Ada diantaranya melibatkan kes rasuah sebelum PRU 14 dan selepasnya sudah dilepaskan semasa PH menjadi kerajaan pusat seperti rasuah TEROWONG dan pemilikan BANGLOW mewah dibawah harga pasaran ketika itu yang juga menjadi Menteri Kewangan PH selama 22 bulan.

 

Link : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/899964/guan-eng-minta-10-peratus-untung-projek-terowong

 

Saksi Pendakwaan kes terowong Guan Eng, Zarul, berkata sekitar awal bulan Mac 2011, Guan Eng memberitahu beliau hendak berjumpa dengannya di Restoran Itali di Jalan Ampang melalui panggilan telefon.

 

Selepas makan malam dalam jam 11.45 malam, Lim Guan Eng meminta untuk menghantar beliau pulang ke Hotel Gardens di Mid Valley, di sini.

 

"Semasa di dalam kereta, Guan Eng memberitahu saya bahawa Perdana Menteri China akan membuat lawatan ke Malaysia dan menandatangani beberapa perjanjian persefahaman (MOU).

 

"Guan Eng mencadangkan kepada saya untuk mengaturkan satu MOU antara BUCG dengan Kerajaan Pulau Pinang, yang tentunya akan disaksikan oleh Perdana Menteri China dan Perdana Menteri Malaysia," katanya.

 

Guan Eng memberitahu jika saya dapat melaksanakan majlis MOU itu, projek berkenaan akan diberikan kepada saya secara rundingan terus.

 

"Ketika itu saya rasa sangat teruja. Hanya saya dan Guan Eng berada dalam kereta. Saya memberikan persetujuan untuk menjayakan majlis MOU seperti yang dicadangkan oleh beliau," katanya.

 

Beliau gembira, yakin dan percaya dengan apa yang dikatakan Guan Eng kepadanya untuk memberikan projek yang dianggarkan bernilai RM7 billion itu.

 

"Selepas itu, Guan Eng ada meminta saya untuk memberikannya 10 peratus daripada keuntungan projek itu kelak kepada beliau," katanya.

 

Zarul berkata dalam perjumpaan tak rasmi dengan Hock Seng pada pertengahan Mac 2011, beliau memaklumkan Kerajaan Pulau Pinang akan membuat MOU dengan BUCG dalam masa terdekat di Pulau Pinang.

 

Katanya, upacara tandatangan diantara BUCG dan Kerajaan Pulau Pinang berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 17 Mac dan 28 April 2011.

 

"Saya sendiri yang menandatangai MOU bagi pihak BUCG dan untuk Kerajaan Pulau Pinang diwakili, ...rasanya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.