MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam menegaskan bahawa sokongan kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri(PM) adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan katanya Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media.
Katanya, MKT
telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan
parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi
pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.
Mesyuarat
bulanan bulanan MKT diadakan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn yang mana
dipengerusikan oleh Presidennya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga
Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Terdahulu,
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO telah dilantik sebagai PM kesembilan
pada 21 Ogos lalu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan
pada 16 Ogos setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan melaksanakan tindakan pantas dan bersepadu bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat dalam kerajaan sebelum ini.
Banyak perkara-perkara dan dasar kerajaan dibawah kepimpinan Ismail Sabri kini diterima baik oleh seluruh rakyat dan akan ditambah baik lagi dengan peluang pekerjaan kepada rakyat, kestabilan ekonomi dan juga politik keseluruhannya.