SULTAN IBRAHIM PERKENAN BUBAR DEWAN NEGERI JOHOR



DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).


Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan  menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari). 


Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. 


Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.


Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) selepas ini akan mengambil perjalanan seterusnya bagi mengadakan Pilihanraya Negeri Johor (PRN) selepas menerima wartikah kekosongan dan pembubaran dewan undangan negeri.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.