NAMA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ini memuncak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung selepas mesyuarat Suruhajaya Pilihanraya Malaysia pada 9 februari ini yang mana perkenan Tuanku Sultan Johor membubarkan dewan undangan negeri selepas menerima mengadap Menteri Besar pada 22 januari lalu.
Dijangkakan proses pernamaan calon akan berlaku pada 15 februari dan ohari pembuangan undi akan belaku 14 hari selepas itu.
Syed Saddiq disebut-sebut dan mendapat sokongan yang kuat dari DAP untuk diangkat sebagai Menteri Besar Johor yang baharu selepas PRN ini jika PH menawan kembali negeri itu. Walaubagaimana pun, beliau harus membersihkan nama beliau dahulu dalam kes pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM 1 juta dimana proses mahkamah sedang berlangsung ketika ini.
Ada sumber dalaman memberitahu bahawa sekiranya parti MUDA milik Syed Saddiq berjaya memeterai perjanjian persefahaman bersama Pakatan Harapan maka Syed akan ditonjolkan sebagai MB Johor yang baharu.
Sumber dalaman mengatakan DAP melalui Kit Siang telah memberi lampu hijau asalkan MUDA setuju bersama mereka.
Pembahagian kerusi mungkin berlaku antara PKR dan PAN, mereka perlu menyerahkan kerusi DUN selamat kepada MUDA sebagai syarat penyertaan parti yang baharu lulus pendaftarannya.
Menurut sumber lagi, faktor pengundi berusia 18 tahun yang pertama kalinya mengundi juga antara penyebab DAP melutut merayu supaya Syed Saddiq bersama mereka melawan UMNO BN di pilihanraya negeri Johor nanti.
Jelas sumber juga, Kit Siang sudah tidak mempedulikan izin Anwar sebagai ketua Pakatan Harapan. Kit Siang membuat keputusan supaya DAP kekal bernyawa menghadapi PRU ke 15 selepas mereka kalah teruk di 2 PRN iaitu Melaka dan Sarawak.