SYED SADDIQ RAIH SIMPATI NATIZEN ISU KELULUSAN BANJIR


Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden parti MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meraih simpati natizen didalam media sosial semalam dengan membuat kenyataan menyalahkan kerajaan Negeri Johor (Pejabat Daerah Muar).


Katanya, surat permohan yang diminta pada 12 januari lalu ditolak oleh Pejabat Daerah Muar yang tidak membenarkan segala bantuan dari mana-mana individu, ngo dan agensi untuk mangsa banjir yang terlibat.


Kelulusan kebenaran itu tidak diluluskan bersebab dan bukan kerana MUDA parti politik. Sesiapa sahaja yang melanggar SOP ditetapkan juga akan diambil tindakan sama.a


Dalam satu kenyataan sebelum ini Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat-pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan demi kebaikan semua pihak yang terlibat.


Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana sukarelawan daripada badan bukan kerajaan atau parti politik yang memberikan bantuan jika dipanggil untuk siasatan oleh PDRM kerana ianya adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang selepas digezetkan.


Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau tidak.


Dalam hal berkaitan, Syed Saddiq jelas melanggar undang-undang dimana telah membuat kutipan atau dana secara salah bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan jumlah kutipan yang banyak?





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.