".. tak kan nak jemput pakai kad jemputan bantu mangsa banjir..." - Ismail Sabri

 


SIDANG Khas Dewan Rakyat hari ini sedikit panas apabila percakapan benar dan tulus YAB Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa wakil rakyat hilang ketika bencana banjir melanda beberapa buah negeri pada 17 disember  lalu.

 

Ketika bencana berlaku, ramai wakil rakyat tiada dalam kawasan dimana mereka semua dimaklumkan sedang bercuti bersama keluarga diluar negara.

 

Menurut Ismail Sabri, beliau bergegas melawat kawasan banjir pada lewat malam ketika musibah melanda untuk membantu mangsa banjir, bagaimanapun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak kelihatan.

 

Katanya lagi, berapa ramai Ahli Parlimen dan ADUN hilang ketika itu. Saya tak tahu rakan-rakan lain (di mana), saya tak nampak mereka bekerja waktu malam itu,” katanya yang mencetuskan bantahan daripada wakil pembangkang termasuk Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam).

 

Dewan gamat seketika dengan selepas Ahli Parlimen pembangkang bangun membidas kenyataan Ismail yang mengkritik kerajaan negeri Selangor dalam mengurus bencana banjir.

 

Kata Ismail, susulan banjir besar melanda negeri itu secara mengejut, beliau mempengerusikan beberapa siri mesyuarat peringkat negeri yang sepatutnya bukan tanggungjawab beliau.

 

“Selepas banjir di Selangor, saya pengerusikan mesyuarat di Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor. Sepatutnya bukan saya (pengerusikan), patutnya dah ada jawatankuasa yang telah diwujudkan,” jelas Ismail.

 

Selain itu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, wakil rakyat pembangkang tidakdijemput untuk turun bersama kerajaan ketika banjir berlaku, itu lah penyebabnya wakil rakyat tidak kelihatan, katanya.

 

“Perdana Menteri datang tetapi tak panggil Ahli Parlimen, Perdana Menteri jenis apa ini,” kata Gobind yang kemudian dibalas Ismail, “Banjir ini kecemasan, jadi tiada kad jemputan dikeluarkan.”

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.