TIADA Kelibat MB Samsuri Dalam Banjir

RAKYAT Negeri Terengganu  tertanya-tanya dimanakah Menteri Besar Terengganu Dato, Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika selama hampir sebulan ini tidak menunjukkan muka.
Didalam medsos tiada satu pun gambar viral yang melibatkan beliau waima didalam gerak kerja semasa banjir atau pasca banjir yang dianjurkan parti dan juga pihak kerajaan.

Sebagai contoh pada 28 hingga 30 Disember 2021 lalu, Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT) menganjurkan program gerak pasca banjir di Mentakab dan juga Temerloh juga tidak melibatkan MB Terengganu. 

Sedangkan Agensi berkenaan dibawah seliaan kerajaan negeri yang mana individu-individu yang terlibat pada hari berkenaan juga 70 peratus terdiri dari kakitangan kerajaan serta agensi berkaitan kerajaan Negeri Terengganu. 

Hanya 30 peratus daripada 600 orang yang terlibat ketika itu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat yang mana diuruskan oleh UBSNT.


Persoalannya DIMANAKAH MB TERENGGANU BERADA?

ADAKAH Beliau sedang bercuti diluar negara sepertimana yang ditularkan berkaitan Menteri-Menteri?

Adakah BELIAU kini masih berada di DUBAI?

Walaubagaimana pun, RAKYAT memerhati apa yang berlaku sekarang ini dan akan membuat keputusan pada pilihanraya akan datang.

RAKYAT juga bertanya dimanakah duit royalti yang diperjuangkan kerajaan PAS Terengganu sebelum ini semasa menjadi pembangkang selama tempoh 2018, 2019, 2020 dan 2021 dibelanjakan sebenarnya.

Jika kerajaan dahulu (BN), mereka menunjukkan dengan pembangunan-pembangunan untuk rakyat, menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat, menyediakan frasarana untuk rakyat berniaga serta menarik pelabur-pelabur bagi menjana ekonomi negeri dan juga rakyat sepetimana pembukaan KTCC Mall dan Insyaallah Mayang Mall akan datang ini.

Itu semua hasil kerajaan dulu yang menggunakan hasil wang royalti bagi keselesaan rakyat dan juga ekonomi rakyat Terengganu khasnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.