Mahkamah Tinggi, di sini, yang mengarahkan Presiden UMNO itu untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Zahid itu untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan berkenaan.
Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menetapkan keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti dikemukakan pendakwaan.
Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.
Beliau juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada kegiatan haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Sudah mula kedengaran sejak petang semalam dari kem Dato Seri Utama Mohamad bahawa beliau sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan presiden parti setelah apa yang terjadi kepada Dato Seri Zahid Hamidi.
UMNO perlu pemimpin yang tiada kes di mahkamah supaya nampak rekod peribadinya bersih kata sumber kem Mohamad Hasan.
Walaupun Mohamad Hasan pernah disiasat SPRM berhubung dengan pemilikan banglo mewah di London beberapa tahun yang lalu dan beliau mengaku serta SPRM membuat pengesahan tiada sebarang salah laku.
Isu pemilikan banglo mewah di Seremban yang bernilai RM6 juta juga menjadi panas berikutan ada pihak cuba mempertikaikan kekayaan Mohamad.
Selagi Mohamad tidak diseret ke mahkamah, tiada isu tegas sumber kem itu lagi.
Ada yang pertikai corak kepimpinan Mohamad yang lemah menyebabkan Barisan Nasional kalah teruk di Negeri Sembilan namun menurut kem, ianya bukan isu besar.
Beberapa pemerhati politik berpendapat, Mohamad sudah lama bersedia dan telah mengatur langkah untuk mengambil alih jawatan presiden parti. Sejak Zahid mula disiasat.
Semalam dimahkamah Mohamad dengan segera mengeluarkan kenyataan mewakili UMNO menyatakan UMNO akan bertanding sekurang-kurangnnya 42 kerusi di Melaka walhal apa yg kita tahu Presiden parti yg sepatutnya membuat kenyataan sebesar itu kerana ianya melibatkan keputusan yg perlu melalui perbincangan Biro Politik dan MKT. Kenapa Mohamad segera mendahului Presiden atau Mohamad terlupa akan gerakan beliau mahu Presiden berehat kerana teruja dengan keputusan mahkamah semalam?
Paling ketara apabila Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) UMNO yang menetapkan jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti.