Ketidakpuasan itu turut dinyatakan menerusi kain-kain rentang yang di gantung seluruh Johor dimana kepimpinan PAS perlu mengambil ikhtibar dari PRN Melaka beberapa bulan lalu.
Menurut sumber yang ditemui Malaysia-Hot disekitar Batu Pahat malam tadi yang juga ahli PAS Kawasan tersebut menyatakan bahawa semua ahli PAS di peringkat kawasan ini tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional(PN).
Katanya, mereka mahu kepimpinan PAS menggunakan logo sendiri dalam PRN kali ini dan bukan logo PN sepertimana yang telah digunakan di PRN Melaka tempohari.
“Jika mereka berkeras dengan keputusan mereka, kami ahli-ahli PAS seluruh Johor akan membuktikan dan memastikan PN tidak akan memperolehi satu kerusipun kali ini, kerana dalam setiap pilihanraya kamilah yang membuat semua kerja untuk menaikkan perjuangan parti”
“Masih belum terlambat untuk merubah keputusan itu dan kembalilah kepada perjuangan asal kita untuk menyatupadukan ummah dan kami semua sayangkan Muafakat Nasional yang telah dibina sejak 2019 yang lalu” , katanya.
Sehubungan dengan itu, malam tadi terdapat banyak kain-kain rentang yang telah dipasang sekitar negeri itu yang mana menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan dan keputusan terutama PAS .
Malaysia hot tali barut umno PENIPU, alat propaganda kluster mahkamah.
ReplyDelete