AHMAD SAID CADANG NAMA ISMAIL SABRI POSTER BOY UNTUK BARISAN NASIONAL


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato' Seri Dr. Ahmad Bin Said merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman mencadangkan bahawa Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia sebagai "POSTER BOY" bagi Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini.


Beliau berkata demikian dalam satu program UMNO Kuala Terengganu baru-baru ini dan dihadapan kira-kira 300 orang jentera BN di Institut Latihan Memperkasakan UMMAH (ILMU), Janda Baik.


Mengikut video yang tular berdurasi 8 saat itu, Ahmad telah mengumumkan perkara tersebut dan disanggupi oleh Ismail Sabri sendiri serta di saksikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato' Wan Hisham Wan Salleh serta ketua-ketua UMNO bahagian yang hadir.


Ahmad turut berkata, beliau akan membawa perkara tersebut kedalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pusat nanti.


Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri mahu kesemua peringkat kepimpinan UMNO bersedia dengan 3 perkara untuk menghadapi pilihanraya nanti, kesiap siagaan jentera, kewangan dan juga peranan media sosial yang perlu diuruskan oleh UMNO. 


Katanya, jika 3 perkara itu sudah siap sedia, beliau akan berbincang dengan Presiden UMNO terlebih dahulu untuk memastikan semua berjalan dengan baik sepertimana yang telah diumumkan sebelum mengadap Tuanku Agong untuk membubarkan parlimen nanti.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.