ANUAR EMAS STL : TERENGGANU TURTLES DIHEMPAS SANG BADAK SEHINGGA LUNYAI - MEMALUKAN

 


LABUAN DRILLERS 2 TERENGGANU TURTLES 1

Terengganu Turtles menangis tidak berlagu apabila tewas 1-2 kepada Labuan Drillers yang dibarisi oleh Jackles Yulius (Tekong), Alif Abdullah (Feeder) dan  Asri Isa selaku killer dengan kekalahan 19-21, 21-14 dan 13-21. 

Kekalahan yang agak memalukan Terengganu Turtles ini kerana pasukan Labuan Drellers adalah pasukan yang baharu dalam kancah sepak takraw negara yang mana jua pertama kali menyertai kejohanan peringkat ini.

Terengganu Turtles dulunya pernah digeruni lawan dengan beberapa nama besar sukan sepak takraw dan kini menjadi pasukan belasahan lawan dalam pertandingan ini.

Turut membaris pasukan Terengganu Turtles petang ini Tekong, Amar Roslan, Feeder, Adid Jazimin dan Izzat Rosli sebagai perejang utama pasukan dari pantai timur itu.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.