APA SAHAJA GELARAN DIBERIKAN HADI AWANG KITA TERIMA - TOK MAT

 

UMNO sentiasa bersikap lapang dada dan terbuka, walaupun digelar sebagai itik patah kaki oleh PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak sedikit pun menyimpan rasa marah atas kata-kata sinis itu kerana parti berkenaan bangkit atas kemampuan mereka sendiri.

Menurut beliau, kebangkitan UMNO daripada kekalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU-14) bukanlah atas bantuan PAS sepenuhnya.

“Kami bangkit semula bukan kerana ‘ubatan mujarab’ PAS, tetapi kerana UMNO masih lagi parti Melayu terbesar di Malaysia,” katanya di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohamad berkata, gelaran seumpama itu hanya diberikan oleh pihak luar kepada pemimpin atau pihak musuh sahaja.

 “Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan apa pun,” ujarnya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata, tindakan atau strategi pemimpin UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  disifatkan sebagai tidak bermoral.

Beliau berkata, tindakan berkenaan juga tidak wajar selepas kedua-duanya membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN), malah PAS pernah membantu UMNO selepas tewas pada PRU-14.

Katanya, tindakan UMNO itu turut diibaratkan itik patah kaki yang mahu berenang sendiri selepas sembuh.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.