Presiden MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dato’Seri Anwar Ibrahim juga ahli parlimen Port Dickson bagi membincang permasalah masa depan dan perihal pembangunan anak muda di negara ini.
Sedangkan beliau sendiri sedang menghadapi pertuduhan pecah amanah semasa memegang jawatan.
Bekas ketua ARMADA PPBM dan Anwar Ibrahim bekas banduan yang telah disabitkan kesalahan sebelum ini.
Bagaimana rakyat negera ini hendak mempercayai kedua-dua orang politik ini, sedangkan rakyat sudah dikencing selama 22 bulan apabila parti mereka (PPBM, PKR, DAP, AMANAH) mentadbir negera.
Sementara itu Anwar Syed Saddiq telah dikaitkan dengan pembicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa di mahkamah dalam isu beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 22.7.2021 lalu di atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, Syed Saddiq, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir serta Mohd 'Afif Ali.
Manakala sebelum ini juga mahkamah persekutuan Malaysia pernah menjatuhkan hukuman kepada Anwar(2015), mahkamah ini telah menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekekalkan hukuman penjara lima tahun berikutan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
ADAKAH kedua-dua tokoh politik ini boleh dipercayai bagi membawa harapan anak muda Malaysia yang bakal mengahapi dunia serba kecanggihan akan datang dan dengan penuh integriti serta kejujuran.