EMAS ANUAR STL : TERENGGANU TURTLES KHIANATI HARAPAN PEMINAT

KEKALAHAN 2-0 Terengganu Turtles (TT) kepada Pahang Mammoth (PM) pada perlawanan terakhir kumpulan B semalam membuatkan TT gagal ke pusingan seterusnya dalam kancah divisyen dua Liga Sepek Takraw (STL) Emas Anuar tahun ini.


Kekalahan yang amat memeranjatkan kepada seluruh peminat-peminat sukan itu terutamanya dari Negeri Terengganu dan ada menyatakan satu pembaziran pelaburan yang dibuat sebelum ini.


Terengganu Turtles yang membarisi muka-muka baru dalam liga kali ini menerima tamparan hebat apabila mengenepikan pemain-pemain berwibawa seperti Zukifli Abdul Razak dan Fazly Roslan serta melepaskan mereka bermain untuk Kelantan Warriors.


Ramai pemain-pemain yang berkualiti dari Terengganu akan tetapi mereka tidak mahu bermain untuk Terengganu. Apakah masalah yang sedang melanda Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu(PSNT) sehinggakan ramai pemain-pemain tidak mahu berbakti kepada tanah air sendiri.


Melihat komen-komen di Facebook PSNT selepas dimuatnaik, ramai peminat menyoal peranan dan fungsi pihak pengurusan serta kejurulatihan Terengganu  Turtles sehinggakan ada menyalahkan jurulatih setalah 3 tahun diberikan tanggungjawab memulihkan reputasi pasukan kesayangan mereka.


LINK : https://www.facebook.com/975840209211272/posts/4595985637196693/ 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.