ISU Poster Boy hangat diperkatakan ketika ini dimana semua parti mempunyai pemimpin-pemimpin yang layak diangkat sebagai model atau POSTER BOY yang boleh menarik undi asal dan juga undi kali pertama (18 tahun) yang telah digezetkan sebelum ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini, semestinya Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan menjadi tumpuan kepada pengundi-pengundi yang mana akan membuat pilihan mereka jika ianya diadakan pada masa terdekat ini.
Ujian pertama kepada BN dan UMNO seharusnya poster boy tersebut diterjemahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang mana akan diumumkan oleh SPR selepas mesyuarat yang dijangkakan berlangsung pada esok hari (9.2.2022) sepertimana diumumkan baru-baru ini.
Semua parti sudah bersedia menghadapi PRN Johor dan juga PRU 15 jika ianya diadakan dalam tahun ini, poster boy juga memainkan peranan yang sangat penting bagi pengundi kerana mereka akan membuang undi dan sekaligus memilih parti pilihan mereka untuk 5 tahun akan datang bagi memacu negera.
Kesilapan semasa PRU 14 (2018) yang lalu banyak mengajar rakyat (pengundi) keseluruhannya dengan apa yang berlaku selama 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang ditadbir oleh parti PPBM, DAP, PKR dan juga AMANAH dimana menerusi janji-janji (manifesto) yang telah dibuat semasa PRU 14.
Sehubungan dengan itu, ahli-ahli UMNO akan berlapang dada jika Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalanya Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan meletakkan Naib Presiden 1 merangkap Perdana Menteri Malaysia kini Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai POSTER BOY dalam PRU 15 nanti.
Secara matematikalnya, presiden seharusnya berjiwa besar dalam perkara ini dan memberi peluang kepada Ismail Sabri untuk mengemudi PRU 15 dengan memberikan naib presiden itu laluan menjadi Pengerusi BN sekali menjadi POSTER BOY bagi BN menghadapi PRU 15 nanti.
Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri boleh membuat keputusan untuk BN dan tiada halangan untuk menyusun semua jentera BN bagi menghadapi PRU 15, pastinya beliau juga akan merujuk kepada presiden dan biro politik UMNO semasa untuk membuat sesuatu keputusan.
Umum sedia maklum bahawa jawatan pengerusi BN itu tiada pertandingan diantara parti-parti komponen dan pasti ianya tiada masalah untuk Zahid Hamidi menamakan Ismail Sabri sebagai Pengerusi BN yang baharu disamping beliau sendiri boleh menumpukan sepenuhnya kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung ketika ini serta gerak kerja memperkasakan UMNO keseluruhannya.
Kepimpinan UMNO dan BN harus berjiwa besar jikalau mahu parti itu terus kekal releven kepada rakyat Malaysia dan diterima baik oleh semua lapisan pengundi terutamanya pengundi-pengundi 18 tahun yang bakal membuang undi kali pertama pada PRU ini.
Dengan penurunan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik, 7 Juta pengundi baru bakal mencorak masa depan politik negara akan datang.
Selain itu, pengerusi-pengerusi BN negeri telah pun bersetuju dengan cadangan Ismail Sabri sebagai POSTER BOY kali ini dan juga telah dibincangkan dalam mesyuarat pengurasan UMNO pusat sebelum ini.