Harga Mempertahankan UMNO Daripada Dibubarkan.
Apabila saya bertegas dan enggan mendengar arahan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membubarkan UMNO, saya tidak biarkan begitu sahaja. Satu demi satu langkah diambil untuk ‘mengajar’ saya kerana berdegil.
Saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan dikenakan 87 tuduhan rasuah di mahkamah apabila enggan membubarkan UMNO dan membawa semua menyertai Bersatu.
Ketika itu saya baru sahaja diundi menjadi presiden UMNO, (kira-kira 6 bulan), beliau telah mengarahkan saya berjumpanya dan membubarkan UMNO.
"Saya kata Tun, saya tidak akan bubarkan UMNO. Sebab kalau saya bubarkan UMNO hari ni (lepas tu) besok saya meninggal dunia, kubur saya akan banjir”
Kenapa banjir? 3.8 juta ahli UMNO akan kencing atas kubur saya."
Demi maruah UMNO dan orang Melayu saya tetap pertahankan UMNO. Selagi badan ini dikandung hayat, saya akan pastikan UMNO takkan bubar!
Ayuh ahli UMNO, marilah kita bangkit mempertahankan maruah UMNO dan pastikan PRN Johor dan PRU akan datang kita menang besar. Insya-Allah.
#umnobermaruah
#berjuanguntukumno
#lawansampaimenang