KHAIRUDDIN TAKIRI UMUM LETAK JAWATAN ELAK KRISIS DENGAN PRESIDEN?


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama PAS. 
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Khairuddin mengumumkan peletakan jawatannya itu dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7). 

Katanya, beliau dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang diadakan secara hibrid pada jam 9 malam tadi sebagai ahli dan setiausaha. 

"Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7). 

"Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5)," katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada PAS yang memberikan peluang kepadanya berkhidmat sebagai ahli Majlis Syura Ulama parti itu sejak 2013 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha sejak 15 Disember 2020. 

"Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am PAS, Dato’ Hashim Jasin dan semua Ahli Majlis Syura Ulama yang bertindak selaras Perlembagaan PAS untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti," katanya. 

Khairuddin berkata, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen PAS dan tugasan lain dalam parti. 

Sebelum ini Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan jawatan Khairuddin dalam Majlis Syura itu terbatal susulan jawatankuasa pusat parti membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Ulama Syura.

TERENGGANU COVERAGE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.