LANGGAR SOP COVID 19 TIDAK SAMA DENGAN PESALAH ROGOL, PECAH AMANAH

RAKYAT perlu memahami apa konteks sebenar yang cuba disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri apabila menegaskan bahawa kompaun yang dikenakan kepada Menteri Kanan Pertahanan Dato Seri Hisyamuddin bukanlah suatu pendakwaan jenayah sepertimana dakwaan terhadap sesuatu kes jenayah bunuh, rasuah, salah laku, rogol amah dan seumpamanya.

Apa saja akan dijadikan isu oleh DAP yang memimpin Pakatan Harapan(PH). Selagi boleh memanipulasi isu maka pemimpin DAP akan berusaha untuk mengelirukan rakyat.

Sepertimana Hannah Yeoh, ahli parlimen DAP sememangnya terkenal dengan memutar belit isu walapun dia sendiri lari tinggalkan Dun Subang Jaya kerana pengundi di sana sudah mula menolak beliau yang terkenal dengan pemalas cakna rakyat.

Semakin lama nampak semakin terdesak DAP yang memimpin Pakatan Harapan membuat serangan melulu terhadap Perdana Menteri, UMNO dan Barisan Nasional.

Contohnya amat mudah, wakil rakyat DAP yang didakwa atas kesalahan merogol amah Indonesia dan kes wakil rakyat terlibat menggunakan dadah di sebuah kelab hiburan jauh bezanya dengan individu yang melanggari SOP covid 19 seperti tidak memakai pelitup muka atau duduk tidak berjarak 1 meter dan seumpamanya.

Rakyat tidak mudah ditipu lagi dengan politik separuh masak DAP.

 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.