Kasihan Muhyiddin.
Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang 'kluster mahkamah' daripada kembali berkuasa ialah dengan mengalahkan BN pada PRN Johor.
Beliau terus terbelenggu dengan 'kluster mahkamah', istilah ciptaan beliau.
Sedangkan seluruh negara telah jauh bergerak kehadapan, mencari kestabilan, memulih ekonomi dan mencipta masa depan.
Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan.
Siang dan malam, tidur tak lena, mandi tak basah kerana di bayangi dengan 'kluster mahkamah'.
Rupanya penglibatan Bersatu dalam PRN Johor hanya untuk menentang 'kluster mahkamah'. Tiada rencana konkrit, lakaran masa depan dan cita-cita yang segar.
Yang lagi pelik ialah, tiada seorang pun yang beliau gelar ‘kluster mahkamah’ itu bertanding di Johor atau ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Johor.
Jangan heret rakyat Johor ke kancah ketidaksukaan beliau terhadap tokoh tertentu.
Yang utama kepada rakyat Johor ialah mencari Kerajaan yang stabil dan boleh memulihkan semula ekonomi.
Bekas Perdana Menteri ke-8 sedang berhadapan dengan krisis paling besar dalam perjalanan politik beliau.
Setelah kehilangan sokongan sebagai Perdana Menteri, tewas di Melaka, gagal bertapak di Sarawak, kecundang dalam usaha memikat kerjasama dengan UMNO, beliau kini hanya ada PAS sebagai sandaran.
Ini kerana dari sehari ke sehari, semakin ramai pimpinan dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti.
Karma talkin beliau terhadap UMNO kembali menghantui Bersatu. Semuanya ciptaan beliau sendiri, bukan orang lain.
Tulisan Naib Presiden UMNO, DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN di facebooknya pada 12 Februari 2022.