#PRN JOHOR : 6 KERUSI MUDA BAKAL HILANG DEPOSIT

SETELAH Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan tarikh-tarikh penting hari ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangung dengan bermulanya pernamaan calon pada 26 Februari ini dan dikuti dengan tarikh undian awal 8 Mac serta disusuli dengan hari pembuangan undi pada 12 Mac 2022 ini bakal berlaku pertembungan 3 penjuru bagi kesuruhan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Johor.

Di jangka Barisan Nasional (BN) akan meletakkan semua calon di 56 kerusi DUN yang dipertandingan seluruh negeri Johor, manakala Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti MUDA juga akan meletakkan semua calon di semua kerusi.

Perikatan Nasional (PN) juga akan turut sama dalam PRN kali ini dan juga di jangka akan meletakkan semua calon di semua kerusi DUN.

Paling menyedihkan bagi parti MUDA yang hanya diberikan hanya 6 DUN dari 56 kerusi DUN yang dipertandingkan iaitu DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai yang mana kerusi sebelum ini telah disandang oleh 2 kerusi BN dan 4 kerusi (PPBM + PH).

Kerusi-kerusi yang bakal ditandingi MUDA agak susah untuk mengekalkan 6 kerusi tersebut kepada gabungan PH kerana sebelum itu 4 DUN oleh PPBM (Tenang, Puteri Wangsa, Bukit Permai, Bukit Kepong) dan 2 kerusi BN menang di Machap, Parit Raja.

MUDA bakal kehilangan deposit disemua kerusi yang akan dipertandingkan oleh mereka nanti apabila PH memberikan kerusi-kerusi tersebut.

PH akan membuatkan Syed Saddiq mengigit jari selepas 12 Mac ini kerana percaturan yang kurang bijak dan menerima kerusi-kerusi tersebut dan di situlah Pengerusi PH memainkan peranan untuk menidakkan kerusi Menteri Besar Johor kepada MUDA nanti.

Sehubungan dengan itu BN dijangka akan mengumumkan senarai 3 hari sebelum hari penamaan calon nanti dan akan membariskan kepimpinan baharu dan muda disamping mengekalkan beberapa tokoh BN Johor daalam PRN kali ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.