#PRN JOHOR : BERSATU AKAN BERKUBUR DALAM PRN KALI INI

 



Khabar kecewa buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mana ada kuat khabar angin menyatakan bakal kecundang awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Desas-desus bererapa kepimpinan dan ahli parti itu akan meninggalkan mereka sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.


Diantaranya dua individu berkenaan yang melibatkan seorang menteri senior dan berjawatan penting dalam Bersatu dan seorang lagi menteri berjawatan ahli biasa dalam parti tersebut.


Sementara itu, bekas Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang tidak terkejut apabila melihat ramai pemimpin parti itu di peringkat akar umbi bertindak keluar beramai-ramai.


Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu berkata, tindakan serupa akan dibuat lebih ramai lagi pimpinan dan ahli-ahli parti itu tidak lama lagi yang mencerminkan Bersatu memang tiada hala tuju.


Katanya kepada Utusan Malaysia, jika terdapat rundingan antara Bersatu atau Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, ia merupakan langkah terdesak parti itu untuk kekal berkuasa.


Pada 27 Januari lalu, Mazlan meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tebrau berkuat kuasa serta merta dan keluar parti itu selepas sudah lama memendam rasa dengan parti itu yang meminggirkannya sejak dahulu.


Ia termasuk diboikot Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak pernah menghadiri atau menghantar wakil mesyuarat pimpinan negeri ketika beliau memimpin Bersatu Johor, sebelum ini.


Dua hari kemudian, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad mengambil tindakan serupa apabila keluar dari Bersatu kerana hilang kepercayaan kepada Muhyiddin yang bukan sahaja gagal membawa parti ke tahap lebih baik malah tidak berusaha memulihkannya selepas perpisahan dengan kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.