#PRN JOHOR : MUDA AGEN MAHATHIR DI DALAM PH - VIDEO

 



Persengkataan yang telah terjadi antara Pakatan Harapan dengan kehadiran parti setahun jagung yang diasaskan oleh Syed Saddiq iaitu MUDA. 


Minggu lepas Syed Saddiq telah mengunjungi Pemimpin de facto PH iaitu Anwar Ibrahim, kemungkinan besar untuk membuat rundingan kerusi sempena PRN Johor Mac ini. 


Dan beberapa hari lepas, dengan tak malunya Syed Saddiq telah menandatangani perjanjian berkenaan pemberian 6 kerusi kepada MUDA dengan parti komponen di dalam PH iaitu DAP dan Amanah tanpa penglibatan parti PKR milik Anwar. 


Sudah tentulah tindakan Saddiq ini membangkitkan kemarahan di dalam PKR kerana baru je jumpa dengan Anwar Ibrahim tup tup disailangnya Anwar dan Angkatan Muda Keadilan dengan 6 kerusi yang ada di antaranya sepatutnya menjadi milik PKR. 


Bukan itu sahaja, MUDA turut memuatnaik dan seterusnya memadam beberapa posting dalam bentuk poster yang memaparkan seolah-olah parti PKR dan PH mengamalkan rasuah. 


Bila ditegur mereka terus padam dan minta maaf. Bukan sekali mereka buat kerja ni tapi lebih dari satu kali!


Maka bila tangan kanan mesra menghulur salam dalam masa yang sama tangan kiri tu dah siap nak acu senjata!


Nampaknya PKR harus berhati-hati dengan kelicikan MUDA ni kerana nampak modus operandi mereka ini macam ada ciri-ciri politik yang diamalkan oleh satu sosok pemimpin politik yang masih sihat walafiat hingga kini walaupun berkali-kali gering dan dimasukkan ke hospital.


Bayangkan dengan hanya bermodalkan air liur Syed Saddiq, bermacam-macam strategi digunakan oleh MUDA untuk mendapatkan kerusi PRN. 


Disebabkan oleh persengketaan antara anak muda dalam PKR dan DAP dengan MUDA, ramai yang mula menggali siapa di sebalik MUDA kerana mereka ini nampak seolah-olah mempunyai dana yang banyak dan tersusun. 


Dan semalam, satu akaun Twitter telah mendedahkan bahawa seorang ahli perniagaan wanita iaitu anak kepada seorang elitis yang juga merupakan kroni kuat kepada sosok yang disebutkan tadi telah menyertai MUDA dan mula berkempen di Johor. 


Pelik betul kalau campur adukkan bisnes dan juga politik kan? Tapi hanya ada seorang sahajalah yang gemar untuk meletakkan kroni di merata tempat. 


Perkataan kroni tu pun sendiri memang sering dikaitkan dengan sosok ini. 


Pembongkaran keterlibatan ahli perniagaan wanita ini hanya mengiyakan desas desus orang ramai bahawa di belakang MUDA ini adalah kroni-kroni yang telah dikayakan oleh PM ke 4 kita. 


Dan tindakan Saddiq untuk mensabotaj Anwar Ibrahim serta PKR menguatkan lagi andaian bahawa MUDA ini ditugaskan untuk melenyapkan PKR dan Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan. 


Kalau Anwar tak ambil tindakan drastik dari sekarang kemungkinan besar berkuburlah PKR dari bumi Malaysia ni. 


Kepada rakyat Malaysia dan Johor khasnya, sekarang anda semua dah tahu kan bahawa MUDA ni hanya nampak baru di luaran sahaja, hakikatnya di dalamnya adalah fosil-fosil lapuk yang pernah hampir menjahanamkan Malaysia dengan kerakusan sendiri dan kroni-kroninya.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.