RAKYAT MALAYSIA perlu ingat bagaimana sengsaranya kita apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia selama 22 bulan selepas PRU 14 yang lalu.
Antara yang PH lakukan selama 22 bulan adalah memecat 17,OOO pegawai dan kaki tangan kontrak, hapuskan JASA, BTN,SERANTA,SPAD, pindahkan asset Tabung Haji RM19 billion ke syarikat bawah Kementerian Kewangan (MOF), Teo Nee Ching timbalan Menteri Pendidikan ketika itu wujudkan Petugas Khas untuk kaji pendidikan Islam dan yang bukan Islam boleh bagi pendapat, Jual asset LTAT termasuk hotel 5 bintang, 76% asset ladang TH (80,000 ekar) dijual dan Peguam Negara Thomas gugurkan semua dakwaan melibatkan orang merekadan lain-lain.
Terkini, DAP dan Amanah tidak berbincang langsung dengan PKR tentang pembahagian kerusi di pilihanraya negeri Johor. Penyerarahan 6 kerusi DAP dan Amanah kepada MUDA berlaku tanpa rundingan dengan Anwar sehinggakan PKR dilihat terpaksa menyerahkan kepada MUDA sebanyak 3 kerusi tradisi mereka.
PAN semenangnya tidak akan engkar arahan DAP selama ini. Kerusi milik Amanah yang asalnya diambil dari PKR di DUN Puteri Wangsa turut diberikan kepada MUDA pimpinan Syed Saddiq.
Selama penubuhan PH, sememangnya DAP yang mengawal dan membuat setiap keputusan penting. Mahathir walaupun sebagai perdana menteri ketika mereka menang di PRU ke 14 tetapi yang mengawal Mahathir adalah DAP.
Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dan menolak untuk menggunakan logo Pakatan Harapan juga isyarat jelas, Anwar tidak ingin mengikut langkah Mahathir tunduk kepada DAP.
Apa lagi DAP dilihat begitu berselera menjaga MUDA dan tidak menunjukkan kebergantungan kepada PKR.
Terbaharu, DAP dikatakan bersetuju ‘mendidik’ Syed Saddiq sebagai calon perdana menteri mereka. Nampaknya Anwar gigit jari sekali lagi.