#PRNJOHOR : ANWAR LARI, TIDAK MENERIMA CADANGAN CALON AKAR UMBI PKR

UMUM mengetahui dan mengenali watak sebenar kepimpinan Anwar Ibrahim maka tidak hairanlah berlaku kekecohan dan sedikit merusuh dari akar umbi apabila nama-nama calon yang dicadangkan bagi DUN Batu Pahat ditolak mentah-mentah oleh Anwar semalam.

Bantahan secara terbuka itu sedikit pun tidak dihiraukan oleh Anwar dan menurut sumber, Farhash Wafa memainkan peranan utama memilih siapa calon di setiap DUN untuk pilihanraya negeri Johor ini.

Kekecohan tersebut berlaku sehinggakan Anwar terpaksa beredar awal dan kelihatan beliau dikejar hingga ke kereta.

Ramai calon yang Anwar letak bukannya datang dari kehendak akar umbi dan ianya lebih kepada penyokong kuat Anwar dan Farhash sendiri.

Calon bagi DUN Layang-layang juga, Dr Mazslee bukanlah pilihan utama kerana beliau telah pun menjadi ahli parlimen Simpang Renggam dan kontrovesi berhubung janji tol percuma mempengaruhi pengundi.

Walaupun Mazslee tidak menghiraukan perkara itu, beliau tetap ingin bertanding di DUN Layang-layang kerana percaya pembaharuan yang akan dibawa oleh PH di negeri Johor.

Namun Anwar adalah Anwar. Beliau kekal menunjukkan sikap diktatornya. Kalau anakndan isterinya boleh dikekalkan sebagai calon inikan pula ‘ikan bilis’ rungut sumber bilik gerakan.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.