Menipu adalah amalan biasa bagi ahli politik yang terdesak untuk mencapai cita-citanya. Mereka beranggapan dengan cara membohongi pengundi maka mereka akan menang di dalam mana-mana pertandingan, samada di pilihanraya atau pertandingan di peringkat pemilihan kepimpinan parti.
Menggunakan tiket ‘Muda’ yang kononnya parti dari alur orang muda bukan satu kelebihan yang besar. Pengundi sudah matang. Usia bukan membezakan gaya dan daya kepimpinan. Sudah lama terbukti, pengalaman adalah segalanya dan bukannya menipu kononnya idea karisma kerana umur atau datang dari generasi tertentu.
Malang bagi pengundi baharu atau pengundi yang pertama kali layak mengundi. Golongan ini cuba ditipu oleh calon dari MUDA. Dengan harapan mereka adalah wakil dari orang muda.
Apa yang terjadi dengan pengakuan Azhar Saad yang lebih dikenali sebagai Art Saad, pelukis papan cerita Keluang Man dan Pelantun Suara Tiong Man berkata kelibat calon Muda tersebut tidak pernah dilihat di studionya.
“Jangankan tulang, sisa pun kami tak pernah nampak kelibat beliau di studio kami” kata Azhar Saad.
Beliau dihubungi oleh Buletin TTKM, Azhar Saad mengesahkan tidak pernah tahu nama calon tersebut.
“Saya terlibat secara rasmi sejak bermula tertubuhnya Keluangman dari tahun 1997 hingga 2000. Saya salah seorang Team yg terlibat secara langsung dengan produksi tersebut. Tidak pernah tahu nama Azrol ini” katanya.
Sekiranya dakwaan ini benar maka pihak ‘Keluang Man’ wajar membuat laporan polis di atas perbuatan jenayah menipu. Dan kiranya tidak benar maka calon tersebut boleh memfailkan saman.
Jangan kerana mereka menjual nama MUDA maka anda sebagai pengundi terbuai mereka merupakan wakil anda. Yang penting calon yang sudah mempunyai atau ada rekod khidmat kepada rakyat yang membanggakan atau setidaknya dari parti yang sentiasa mengutamakan rakyat.
Muda-muda sudah menipu.
Sumber